KOREA Selatan merupakan destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, ramai yang berkongsi pengalaman ‘ngeri’ ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon kerana ditempatkan di bilik khas untuk disoal siasat. Bukan itu sahaja, mereka yang tidak berjaya melepasi ‘temu duga’ tersebut, terpaksa bercuti pula di bilik khas berkenaan sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Malah pasport juga ditahan oleh pihak imigresen di sana sehingga menyukarkan mereka membeli makanan atau minuman sepanjang tempoh tahanan. Pelancong yang disekat daripada memasuki Korea Selatan akan ditempatkan di bilik khas Menurut pelayar X, isu yang membelenggu rakyat Malaysia pada masa sekarang ini masih tidak dapat diselesaikan kerana kerajaan Korea Selatan seolah-olah ‘mengunci mulut’ tentang punca pelancong disekat dan dihantar pulang. “Alasan kena reject masuk Korea ni, akan sentiasa jadi misteri. Rasanya mereka memang tak akan maklumkan sebab apa kena reject supaya orang (pelancong) tak boleh prepare untuk elak disekat. “Masa aku dekat Korea, kalau borak dengan orang sana... mesti dia ingat aku datang sebab kerja,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Waspada sebelum terkena! Percutian ke Seoul bertukar ‘tragedi’, 4 sekawan jadi ‘homeless’ 3 hari gagal jawab soalan pelik imigresen ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke Korea musnah! Gadis terkandas di airport gara-gara tak bawa pasport lama... Akur duit belanja buat majlis kahwin Berpengalaman melancong ke negara tersebut, ujarnya, dia telah menyediakan segala keperluan lebih awal termasuk tempahan hotel, tiket penerbangan pergi dan balik, tiket pengangkutan awam, itinerari dan sebagainya. Malah dia turut menasihatkan supaya tidak menjadikan Korea sebagai negara pertama untuk dilawati sekiranya belum pernah melancong ke luar negara. “Sediakan itinerari sahaja mungkin tak cukup untuk membuktikan yang kau datang nak bercuti. Buktikan dengan beli tourist pass, tiket return, hotel, beli kad sim atau portable wifi, T-money, car charter, kalau naik train buat tempahan awal. Even backpackers sekali pun, silalah overdressed sikit... mereka memang suka judge luaran, so style tu memang kena T20. WARGA MAYA “Masa pergi Korea, semuanya aku dah bayar dari Malaysia lagi. Jadi dekat sana aku cuma bayar duit makan, top up T-money dan shopping sahaja. “Yang buatkan aku confident selepas dah beli semua pass adalah negara yang aku pergi sebelum ni pun aku stay dalam tempoh yang agak panjang,” ujarnya lagi. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya dan kebanyakannya tampil memberi cadangan masing-masing. “Tip yang orang terlepas pandang adalah pemakaian. Even backpackers sekali pun, silalah overdressed sikit... mereka memang suka judge luaran, so style tu memang kena T20. Antara reaksi warga maya. “Actually yang paling penting, muka kena nampak macam T20. Macam terlalu banyak duit tak tahu nak buat apa, so pergi Korea habiskan. “Aku rasa better korang belanjakan duit pergi negara yang tak complicated macam ni untuk travel... rugi ye duit kalau kena balik lagi-lagi yang pergi dengan travel agency,” ujar beberapa netizen. Tidak kurang juga yang menyalahkan segelintir rakyat Malaysia yang masuk ke sana untuk bekerja secara haram. Sesetengah pelayar pula meminta supaya kerajaan Malaysia bersikap tegas seperti Imigresen Korea Selatan bagi mengatasi lambakan warga asing di negara ini. Terdahulu, dia membuat hantaran balas bagi ciapan tular yang memaparkan beberapa individu ditahan di bilik khas selepas dihalang memasuki Korea sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. “Susah nak masuk Korea sekarang. Pergi tiga orang, dua orang kena balik tanpa alasan,” tulisnya di kapsyen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube