TURBULENCE (pergolakan udara) adalah situasi biasa yang sering terjadi di dalam pesawat terutama sekali ketika perubahan angin atau cuaca buruk seperti hujan dan angin kencang. Ia boleh berlaku sama ada dalam keadaan normal atau gegaran luar biasa, bergantung kepada situasi pada masa penerbangan. Terbaharu, penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London berdepan gelora udara kuat sehingga mengorbankan seorang penumpang warga Britain dan mengakibatkan 71 yang lain cedera. ARTIKEL BERKAITAN: Pilot kongsi ruang terbaik dalam pesawat jika berlaku turbulance, pemilihan seat anda mungkin berubah selepas ini Susulan daripada itu, pendaratan cemas dilakukan di Bangkok, Thailand dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Samitivej Srinakarin di Bangkok, dengan beberapa individu terlibat menjalani pembedahan pada malam Selasa (21 Mei). Mengulas tentang situasi kecemasan tersebut, seorang pekerja syarikat penerbangan iaitu Syapik Hassan yang sudah berkhidmat selama 13 tahun berkongsi tiga perkara utama yang perlu dilakukan penumpang kapal terbang. 1. Sentiasa pakai tali pinggang keselamatan. Kebiasaannya lampu isyarat tali pinggang keledar akan dimatikan apabila pesawat berada di ruang udara, namun tetaplah memakainya. Sebagaimana malang itu tidak berbau, turbulence dan air pocket di udara juga tidak berbau dan tidak dijangka. Jadi, sentisalah pakai seat belt, tak kira ketika. Hanya buka untuk bangun ke tandas atau solat sahaja. Penumpang perlu sentiasa memakai tali pinggang keselamatan. 2. Kosongkan perut dan pundi kencing sebelum melakukan penerbangan jarak jauh. Maksudnya, kencing dan berak dulu siap-siap di lapangan terbang sebelum berlepas. Oleh yang demikian, berkuranganlah keperluan anda untuk ke tandas, ia sekali gus mengurangkan pergerakan dan sebab untuk anda bangun dari kerusi. 3. Sila dengar cakap pramugara atau pramugari. Mereka ni spend masa di udara lebih lama berbanding kita yang jarang-jarang terbang. Kalau dia suruh duduk, anda perlu ikut arahan dan duduk di kerusi yang ditetapkan. Kalau dia kata no hot water tu, minum mineral je. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube