suria

Hati-hati di Tanah Suci... Anda mungkin jadi mangsa scammer di 4 lokasi ini, ada yang ikut ke hotel

Jemaah haji dari Malaysia kebanyakannya diuruskan Lembaga Tabung Haji.

MENJEJAKKAN kaki di Tanah Suci Makkah dan mengerjakan ibadah haji merupakan impian hampir semua umat Islam.

Selain perlu memastikan diri bersedia dari segi mental dan fizikal, jemaah yang berpeluang melaksanakan ibadah haji perlu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Ia berikutan terdapat ramai individu yang gemar mengambil kesempatan dengan menawarkan pertolongan, kononnya ingin membantu memudahkan urusan anda di sana tetapi sebenarnya berniat tidak baik.

1. Cium Hajar Aswad

Kebiasaannya akan ada individu yang tolong bukakan jalan untuk mudahkan anda ke hadapan Hajar Aswad.

Tingkah laku mereka itu menyebabkan anda menyangkakan diri sangat bertuah, namun jika anda menggunakan ‘perkhidmatan’ tersebut sejumlah wang perlu dikeluarkan.

Ada yang meminta bayaran sehingga SR1,000 atau RM1,200.

2. Ambil gambar di Jabal Uhud atau Jabal Rahmah

Jabal Rahmah juga dikenali sebagai Bukit Kasih Sayang yang berasal dari kata rahmah yang bermaksud kasih sayang.

Lokasi istimewa ini menjadi saksi tiga peristiwa penting termasuk pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa.

Disebabkan itu, pasangan suami isteri yang berpeluang mengerjakan haji bersama cenderung untuk bergambar kenangan di sini.

Maka, wujudlah ramai individu yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar.

Bagaimanapun, bayaran yang dikenakan tersangatlah mahal iaitu sekitar SR20 atau RM100 dan sekiranya anda enggan membayar, mereka akan mengikut anda sehingga ke hotel.

Umat Islam sudah mula membanjiri Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah haji.

Umat Islam sudah mula membanjiri Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah haji.

3. Pastikan duit baki pembelian mencukupi

Meskipun berniaga di Tanah Suci, namun ramai peniaga yang gemar mengambil kesempatan terutama melibatkan pengunjung luar yang tidak mahir berbahasa Arab mahupun membuat kira-kira.

Kebanyakan peniaga akan memanipulasi pelanggan yang memberikan wang dengan nilai besar dan mengelirukan mereka dengan baki pembelian.

Jadi, berhati-hati apabila anda mengunjungi kedai-kedai, jangan sampai terpedaya.

4. Bercukur atau gunting

Semasa anda hendak menggunting rambut, akan ada sindiket yang tiba-tiba datang dan menawarkan gunting.

Para jemaah diingatkan supaya tidak sesekali memegang gunting tersebut.

Jika tidak, anda akan dicaj dengan harga yang mahal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain