suria

Lebih 14 jam rentas seluruh Lautan Pasifik! Ketahui fakta menarik ‘penerbangan paling mendebarkan di dunia’

Penerbangan dari Sydney ke Los Angeles mengambil masa sekitar 14 jam. -Foto TikTok

SEBUAH video tular di laman TikTok menunjukkan salah satu 'penerbangan paling menakutkan di dunia' yang mana ia merentasi Lautan Pasifik selama hampir 14 jam!

Sebagaimana yang kita ketahui, Lautan Pasifik merupakan lautan terbesar di dunia, di mana keluasannya mencakupi kira-kira 30 peratus permukaan Bumi dan keluasannya bersamaan kira-kira 165.2 juta kilometer (km) persegi.

Menerusi perkongsian TikTok Flight Everyday, penerbangan tersebut adalah dari Sydney ke Los Angeles, Amerika oleh Qantas Airways, sebuah syarikat penerbangan dari Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilot kongsi ruang terbaik dalam pesawat jika berlaku turbulance, pemilihan seat anda mungkin berubah selepas ini

Bayangkan, anda berada pada ketinggian berpuluh-puluh ribu kaki di udara dalam tempoh berbelas-belas jam di dalam pesawat, merentasi lautan terbesar di dunia, pasti mendebarkan terutama bagi mereka yang tidak gemar menaiki pesawat.

Berikut dikongsikan info mengenai penerbangan tersebut, dari Sydney ke Los Angeles:

1) Menggunakan pesawat Airbus A380 atau Boeing 787

2) Perjalanan sejauh lebih 12,000 kilometer

qantas

Pesawat Airbus A380 Qantas Airways. -Foto YouTube

3) Turut merentasi beberapa pulau terpencil di tengah Lautan Pasifik

4) Merentasi seluruh Lautan Pasifik

5) Salah satu penerbangan yang menghabiskan paling banyak masa di atas laut

Menjengah ruangan komen, segelintir warga maya menyuarakan kebimbangan mengenai lokasi sesuai untuk melakukan pendaratan cemas sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Namun begitu, sebagai info tambahan, Qantas Airways pernah dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia dengan teknologi canggih oleh AirlineRatings.com pada 2020.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini kualitinya dilaporkan sedikit merudum kerana diselubungi isu seperti kehilangan bagasi, penjualan tiket dan beberapa isu lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain