SIAPA sahaja yang tak suka melancong, bukan? Tapi apabila melihat harga tiket penerbangan yang mahal, niat untuk melancong terpaksa ditangguhkan sehingga tabungan mencukupi atau kadang kala, dikuburkan begitu saja. Nah! Ini berita gembira buat kaki travel. ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu hari apa sesuai untuk tempah pakej pelancongan dan tiket penerbangan? Jom baca artikel ini Rupa-rupanya ada beberapa tip yang boleh anda cuba bagi mendapatkan tiket penerbangan pada harga yang murah. Jom cuba tricks yang dikongsikan oleh @ceotravelmy ini: 1) Beli tiket pergi dan balik secara berasingan 2) Guna laman web Sky Scanner - Aplikasi ini akan membuat perbandingan semua harga - Caranya, taip destinasi pelancongan yang diingini - Jangan masukkan tarikh yang diingini sebaliknya tekan 'select whole month'. Makan akan keluarlah tarikh tiket yang murah untuk bulan tersebut. - Tunggu ia 'loading' sebelum keluar senarai harga untuk setiap syarikat penerbangan - Paling penting anda kena klik 'view details' untuk tahu berapa tempoh transit -Tekan 'go to site' untuk meneruskan pembelian tiket di platform penjualan tiket secara online yang anda ingini atau boleh sahaja membeli secara langsung di laman syarikat penerbangan - Bagi mereka yang merancang untuk bercuti tapi belum memilih destinasi percutian, anda perlu klik 'everywhere' - Untuk tarikh, klik 'select whole month'. Nanti ia akan keluar mana-mana destinasi yang murah Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube