BANYAK kisah pernah dikongsikan warga maya mengenai pengalaman pahit mereka yang menjadi mangsa penipuan atau scammer ketika bercuti. Bayangkan, bertahun-tahun menyimpan duit untuk mengembara ke negara orang, tapi akhirnya membawa pulang pengalaman yang tidak menyeronokkan. Pasti kecewa bukan? Oleh itu, kali ini mStar kongsikan cara untuk mengelak menjadi mangsa scam ketika travel, sebagaimana perkongsian @ceotravelmy. 1. Buat research terlebih dahulu destinasi atau tempat tarikan - Penting untuk buat sedikit carian untuk mengetahui sama ada ia mempunyai bayaran masuk atau tidak, serta berapa bayaran masuk (jika ada). - Elak berurusan dengan ulat tiket. Untuk lokasi yang memerlukan bayaran masuk, seeloknya beli secara online atau di kaunter. - Secara tidak langsung, selain dapat mengelakkan anda ditipu, perkara ini penting untuk anda merancang bajet. Membuat carian terlebih dahulu mengenai destinasi yang mahu dilawati amat disarankan untuk mengelakkan anda ditipu. -Gambar hiasan 2. Pengangkutan - Pengangkutan adalah perkara yang paling penting kerana boleh dikatakan, hampir separuh bajet kita adalah untuk perkara ini. - Kebanyakan pelancong mudah terkena scam apabila menggunakan teksi. Cara yang paling mudah dan selamat adalah menggunakan pengangkutan awam seperti tren atau bas. - Anda juga disaran menggunakan aplikasi berdaftar seperti Grab. Jika naik teksi, pastikan pemandunya menggunkana meter dan anda juga buka maps supaya teksi tak bawa anda melalui jalan yang jauh. Nanti mahal pula bayarannya! ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera Malaysia hampir dipedaya gadis Jepun! Diumpan melawat Gunung Fuji... Tak sedap hati diekori 2 lelaki 3. Awasi jika didekati orang tak dikenali - Hati-hati jika secara tiba-tiba, anda kena approach oleh orang yang tak dikenali dan menawarkan pelbagai 'bantuan' seperti membantu tangkapkan gambar, tunjukkan jalan dan sebagainya. - Kebanyakan orang ini tidak berniat untuk membantu pun, tetapi hanya mahu mengambil kesempatan. Akhirnya mereka minta caj pula. Paling teruk, ada yang mengambil kesempatan dengan menyeluk saku ketika anda tidak sedar. Menggunakan mod pengangkutan awam dapat menjimatkan bajet ketika melancong. -Gambar hiasan 4. Bertanya kepada kaunter informasi - Adatlah apabila berada di bumi asing, kita memang tak familiar dengan tempat tersebut pada peringkat awal. Jadi, jangan sembarangan bertanya ya. - Ini kerana kaki scammer akan ambil peluang jika ada orang yang bertanya dan tak tahu apa-apa dekat sana. Oleh itu, pentingnya untuk buat research serba sedikit, dan jika mahu bertanya, seeloknya carilah kaunter informasi. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube