suria

Jangan leka ‘healing’ di air terjun! Ini 6 tanda awal kepala air, muncul bunyi aneh tahap paling bahaya

Banyak insiden kepala air yang sudah mengorbankan nyawa di negara ini. -Gambar hiasan

AIR terjun, sungai atau lata sering kali menjadi 'port' pilihan ramai untuk beriadah serta 'healing'.

Memang tenang rasanya apabila melihat kehijauan alam, ditambah pula dengan bunyi deruan air serta unggas... serta-merta hilang rasa stres.

Namun begitu, membaca berita mengenai beberapa tragedi kepala air yang pernah berlaku sebelum ini membuatkan ada antara kita sedikit trauma untuk beriadah di air terjun atau lata.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok mandi air terjun, tapi perlu berwaspada! Ketahui petanda awal dan 22 lokasi berisiko kepala air

Bagi yang gemar melakukan aktiviti healing di kawasan-kawasan ini, berikut dikongsikan enam petanda awal kepala air untuk panduan bersama:

1. Cuaca mendung dan langit bertukar gelap

Orang tua-tua sering kali berpesan, elakkan pergi ke sungai atau air terjun jika sudah nampak tanda-tanda hujan bakal turun. Ini kerana kepala air cenderung untuk terjadi akibat hujan lebat di hulu sungai iaitu puncak bukit.

A notice board at the Batu Berangkai waterfall in Kampar informing visitors about the danger of water surge, what to do and the signs to look out for..(13th November 2022)--- RONNIE CHIN/The Star

Papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan air terjun.

Oleh itu, anda disarankan untuk memantau atau melihat ramalan cuaca di sesuatu kawasan terlebih dahulu.

2. Guruh dan kilat

Dua situasi ini adalah petanda kepada hujan yang akan menyusul. Oleh itu, janganlah berlengah. Jika sedang mandi-manda, segeralah keluar dari sungai dan bergerak keluar dari kawasan yang berisiko.

3. Air berubah jadi keruh

Apabila berlakunya peningkatan arus, banyak partikel tanah dibawa bersama sekali gus menyebabkan air yang jernih bertukar kepada warna keruh.

4. Ranting kayu dan daun muncul

Jika berlakunya pergerakan arus deras, secara tidak langsung sampah sarap, daun kering, ranting kayu dan keladak akan muncul dengan banyaknya di atas permukaan air. Ini petanda paling ketara sebelum berlakunya kepala air.

Perak Fire and Rescue Department personnel monitoring the waters at the  Lata Kinjang waterfalls in Chenderiang, Tapah.

Pihak bomba sedang membuat pemantauan insiden kepala air di Lata Kinjang.

5. Bunyi aneh

Bunyi ini boleh jadi disebabkan pergerakan batu-batuan, pergerakan akar pokok dan deruan air dari atas bukit. Segera beredar kerana kepala air akan muncul dalam jangka waktu yang pantas.

6. Siren

Selepas beberapa insiden yang mengorbankan nyawa disebabkan kepala air, ada beberapa lokasi yang meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang siren. Jangan berlengah, terus kemas barangan anda dan beredar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain