suria

Akibat silap sendiri, pemuda ini merana 16 jam dalam kereta api... Trip Hatyai ke Bangkok terasa sangat lama!

Aziz merasai pengalaman menaiki kereta api selama 16 jam dari Hatyai ke Bangkok.

THAILAND sememangnya destinasi pelancongan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia, terutamanya bandar raya Hatyai dan Bangkok.

Dua destinasi ini menawarkan pakej yang cukup lengkap buat pelancong iaitu keenakan street food, budaya yang unik, syurga membeli belah dan sebagainya.

Malah tidak keterlaluan dikatakan, ada segelintir rakyat negara ini yang menganggap Thailand sebagai 'rumah kedua' mereka lantaran terlalu kerap bercuti di sana.

Tidak terkecuali buat pemuda bernama Aziz Jalil ini, namun sewaktu percutian baru-baru ini, dia memilih untuk menggunakan perkhidmatan kereta api dari Hatyai ke Bangkok.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera Malaysia hampir dipedaya gadis Jepun! Diumpan melawat Gunung Fuji... Tak sedap hati diekori 2 lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa perangai ‘typical’ Malaysia ke luar negara, keluarga ini ditengking penduduk New Zealand... Nak ‘healing’ tapi tak kena tempat!

Namun siapa sangka, percutian solo yang dirancang pada saat akhir itu meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh pemuda yang berasal dari Langkawi, Kedah ini.

Mana tidaknya, disebabkan kurangnya persediaan dek kekangan waktu, dia terpaksa menanggung 'derita' selama 16 jam!

Sebelum berkongsi cerita lebih lanjut, jom layan dulu gambar yang sempat dirakamnya ketika trip solo ke Bangkok pada Januari lalu.

pic 3

Di Wat Arun (kiri) dan menaiki feri ke Iconsiam.

pic 2

Mencuba stree food dan mencuci mata di pasar pakaian.

"Kesilapan saya adalah tidak check dahulu jenis kelas ticket yang saya beli di kaunter. Kemudian terus bergerak ke stesen train.

"Sesampai sahaja di dalam train, baru saya dimaklumkan jenis train yang saya tempah adalah jenis open air dan tiada tempat tidur.

"Hanya tidur sambil duduk sahaja bertemankan kipas kecil di tengah-tengah laluan train, sepanjang 16 jam perjalanan dari Hatyai ke Bangkok.

"Saya tidak dapat tidur dengan betul. Sampai sahaja di Bangkok, bukan sahaja tengkuk sakit, pinggang hampir nak 'bengkok' kesan tidur duduk," kongsinya kepada mStar.

Menurut pemuda berusia 27 tahun ini, biarpun begitu, pengalaman berkenaan meninggalkan 1,001 kenangan serta pengajaran yang bermakna buatnya.

Menurut Aziz yang bekerja sebagai ejen pelancongan, dia menghabiskan masa selama lima hari untuk meneroka dan menikmati keindahan ibu kota negara gajah putih itu.

"Untuk perjalanan pulang, saya mengambil slepeer train yang betul selepas belajar daripada kesilapan," ujarnya yang berpengalaman melancong secara solo ke Taiwan, Indonesia dan Arab Saudi.

pic 5

Bergambar di Alishan ketika trip solo ke Taiwan.

pic 4

Umrah DIY solo.

pic 6

Bercuti di Lijiang, China.

pic 7

Trip ke Bali, Indonesia.

"Jadi nasihat saya, jika ingin berjalan di negara orang, pastikan kita pelajari dahulu geografi dan keadaan semasa negara tersebut.

"Juga belajar sedikit bahasa asas untuk memudahkan kita berkomunikasi atau memahami rencah negara tersebut," ujarnya lagi.

Sering melakukan pengembaraan solo, Aziz turut berkongsikan beberapa tip tambahan sebagai panduan agar percutian yang dirancang berjalan dengan lancar:

1) Buat itinerary ringkas untuk negara yang ingin dilawati

2) Tinggal di hostel untuk lebih menjimatkan perbelanjaan. Secara tidak langsung dapat berkenalan dengan rakan traveller baru dari seluruh dunia

3) Buat sedikit pembacaan mengenai negara atau destinasi yang ingin dilawati sama ada selamat atau berisiko lebih-lebih lagi buat pengembara solo

4) Banyakkan bertanya atau bergaul dengan orang tempatan untuk mendapatkan input atau pengalaman baharu.

5) Jangan pernah bimbang jika berbuat silap kerana daripada pengalaman berkenaan, kita dapat belajar perkara baru.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain