suria

Baru nak berjinak-jinak melancong luar negara? Jom menuntut ilmu cara buru tiket murah, boleh jimat banyak!

Memburu tiket penerbangan murah mampu menjimatkan kos melancong. -Gambar hiasan

KETIKA merancang percutian, memburu tiket penerbangan murah adalah perkara utama dilakukan kebanyakan orang.

Semestinya ia dapat menjimatkan wang jika anda berjaya membeli tikat pada harga rendah berbanding kebiasaan.

Bagi bakal pengembara, berikut adalah tujuh tip berguna dikongsikan Muhammad Dayan yang boleh membantu mendapatkan harga terbaik untuk tiket penerbangan anda.

1. Tempah pada Selasa dan Rabu

Hari Selasa dan Rabu adalah antara hari terbaik untuk membeli tiket penerbangan.

Banyak syarikat penerbangan mengemas kini sistem tempahan mereka pada Selasa petang, menjadikan tiket lebih berpatutan pada hari-hari tersebut.

2. Tempah awal (tetapi tidak terlalu awal)

Disarankan untuk menempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh perjalanan.

Syarikat penerbangan biasanya menetapkan kuota untuk tiket murah jadi lebih baik untuk tidak menunggu terlalu lama.

Tiket penerbangan boleh didapati pada harga lebih murah pada Selasa dan Rabu. -Gambar hiasan

3. Pilih hari penerbangan sesuai

Cuba untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu kerana hari tersebut biasanya tenang di lapangan terbang, memberikan pengalaman perjalanan lebih lancar.

4. Cari 'best deals' untuk penerbangan antarabangsa

Syarikat penerbangan sering menawarkan tawaran terbaik sekitar 11 hingga 12 minggu sebelum penerbangan antarabangsa.

Semak harga tiket secara berkala dalam tempoh ini untuk mendapatkan tawaran menarik.

5. Pilih lapangan terbang kecil

Pertimbangkan untuk mendarat di lapangan terbang yang lebih kecil berhampiran destinasi utama.

Contohnya, mendarat di lapangan terbang Manchester dan kemudian menggunakan kereta api untuk ke London boleh jadi lebih murah.

6. Kosongkan bahagian 'cookies'

Jika anda telah melawat laman web syarikat penerbangan dalam 30 hari lalu, kosongkan cookies di pelayar.

Cookies ini boleh menyebabkan sistem tempahan menganggap anda telah melawat laman tersebut berulang kali, dan mungkin menaikkan harga.

7. Bandingkan harga

Jangan hanya bergantung pada satu laman web tetapi lakukan perbandingan harga di beberapa portal untuk memastikan anda mendapatkan tawaran terbaik.

Kadang-kadang, harga yang lebih murah untuk syarikat penerbangan sama boleh didapati di laman lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain