suria

Malaysia tersenarai dalam top 5 ‘syurga makanan’ di Asia, rakyat Singapura peminat terbesar

Nasi lemak antara tarikan utama Malaysia untuk pelancong luar negara.

KEUNIKAN dan kepelbagaian menu serta hudangan membuatkan Malaysia tersenarai sebagai syurga makanan kelima paling popular di Asia.

Berdasarkan tinjauan platform pelancongan digital popular Agoda, 49 peratus daripada pelancong mengatakan mereka melawat Malaysia untuk hidangan kulinari.

Tinjauan platform yang berpangkalan di Singapura itu turut mendedahkan Korea Selatan sebagai destinasi makanan teratas di Asia, dengan 64 peratus pelawat menyebut makanan sebagai sebab utama mereka melancong, diikuti Taiwan (62 peratus), Thailand (55 peratus) dan Jepun (52 peratus).

Pengarah Agoda Malaysia Brunei, Fabian Teja berkata, ini menunjukkan makanan adalah sebahagian daripada keseluruhan pengalaman budaya melawat destinasi dan bukannya semata-mata untuk kelangsungan hidup.

Malaysia mempunyai pelbagai juadah unik dan menyelerakan.

Malaysia mempunyai pelbagai juadah unik dan menyelerakan.

“Ada sesetengah pelancong berasa teruja sehingga menempah restoran di luar negara sebelum mendapatkan tiket penerbangan.

"Data tinjauan kami jelas menunjukkan bahawa pelancong mencari destinasi untuk menikmati makanan dan tradisi tempatan, bukan sekadar bersiar-siar," katanya.

Tinjauan yang dijalankan antara 1 dan 19 Ogos 2024 itu melibatkan lebih 4,000 responden dari 10 negara, termasuk Indonesia, India, Jepun, Korea, Malaysia dan Singapura.

Keputusan juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah destinasi utama bagi pencinta makanan dari Singapura, manakala pelancong Malaysia kerap melawat Thailand, Indonesia, dan Taiwan untuk pengalaman kulinari mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain