suria

Macam tak percaya mampu ‘day trip’ ke Singapura dengan kos tak sampai RM100! Boleh lawat lebih 5 lokasi menarik

Destinasi menarik yang patut dikunjungi di Singapura.

MENGHAMPIRI penghujung tahun, pasti ramai yang sudah kehabisan cuti atau ingin menyimpan baki cuti untuk di bawa ke 2025 bagi tujuan tertentu yang sudah dirancang.

Tapi kalau tak bercuti, tubuh pula akan rasa terlampau letih.

Bagi atasinya, apa kata anda manfaatkan hujung minggu dengan melakukan aktiviti menarik atau melancong ke negara jiran secara day trip.

Anda yang ingin melancong ke Singapura versi bajet dan jimat bolehlah rujuk itinerari sehari yang dikongsikan seorang pengguna Thread dikenali sebagai Faiqa.

Paling melegakan, kos perjalanan yang dikeluarkan sepanjang tempoh 12 jam di Kota Singa itu hanyalah RM90 dan lebih lima lokasi menarik boleh dikunjungi.

Aplikasi yang perlu ada bagi memudahkan urusan ketika perjalanan di Singapura.

Aplikasi yang perlu ada bagi memudahkan urusan ketika perjalanan di Singapura.

1. Perjalanan menggunakan Kereta Api Tanah Melayu (KTMB)

Dari Malaysia ke Singapura, anda boleh muat turun aplikasi KTMB supaya memudahkan urusan untuk menempah tiket shuttle Tebrau.

Faiqa naik dari Johor Bahru ke Woodlands dalam masa lima minit sahaja, tetapi tiket perlu dibeli dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum perjalanan.

Harga pula RM5 untuk pergi dan 5SGD (RM16.42) bagi perjalanan balik.

Pastikan anda sampai stesen KTMB 30 minit lebih awal sebelum perjalanan.

Jangan lupa untuk melengkapkan maklumat diri anda di aplikasi kad ketibaan MyICA sekurang-kurangnya sehari sebelum perjalanan.

Ia bagi mengelakkan anda 'sangkut' di imigresen Singapura.

Destinasi popular yang boleh dikunjungi.

Destinasi popular yang boleh dikunjungi.

2. Lapangan Terbang Changi

Setibanya di stesen kereta api Woodlands, anda boleh menaiki bas atau MRT untuk ke Lapangan Terbang Changi. Terdapat dua stesen MRT berhampiran iaitu MRT Woodlands dan MRT Kranji.

Kalau anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas awam di sana, perjalanan mengambil masa dua jam dan melibatkan pertukaran tiga buah bas.

Di Changi Airport ni, anda bolehlah berjalan-jalan dan menikmati kecantikan landskap sama ada dengan menaiki Skytrain Terminal 2 atau 3, percuma ya!

3. Wingstop, Bedok Mall

Selepas penat berjalan-jalan, perut pun akan mula berkeroncong.

Jadi anda boleh singgah di Wingstop untuk menikmati hidangan sambil 'mencuci mata' atau membeli-belah.

Restoran makanan segera ini juga dekat dengan stesen MRT.

Tak lengkap jika tidak berkunjung dan solat di Masjid Sultan Singapura.

Tak lengkap jika tidak berkunjung dan solat di Masjid Sultan Singapura.

4. Sultan Mosque

Tak lengkap sekiranya anda tidak berkunjung dan solat di masjid Singapura.

Paling menarik adalah banyak kedai makan halal yang menawarkan sajian autentik masyarakat setempat.

Kedai cenderahati pun banyak di sekitarnya.

Perjalanan dari Bedok ke Bugis hanyalah 15 minit menggunakan MRT.

Marina Bay adalah destinasi wajib yang perlu dilawati.

Marina Bay adalah destinasi wajib yang perlu dilawati.

5. Marina Bay/Merlion Park

Setiap pengunjung yang melawat Kota Singa pasti enggan melepaskan peluang untuk bergambar dengan patung ikonik Singa Putih ini.

Malah, lokasi ini merupakan destinasi wajib dan sememangnya dipenuhi ramai orang.

Pssstt, pastikan anda ada gambar kenangan di sini ya.

Pertunjukan lampu dan muzik adalah percuma.

Pertunjukan lampu dan muzik adalah percuma.

6. Gardens by The Bay

Kalau berkunjung ke Singapura, anda wajib tengok pertunjukan lampu dan muzik yang menarik ni.

Paling penting, tiada bayaran yang dikenakan.

Waktu pertunjukan pula sehingga pukul 8.45 malam sahaja.

7. Woodlands Train Checkpoint

Selepas seharian menghabiskan masa menikmati suasana di sekitar Singapura, tibalah masa untuk anda kembali ke negara tercinta.

Dari MRT Woodlands ni, anda kena naik bas ke stesen KTMB dan pastikan tiba sebelum kereta api berlepas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain