BAGI ‘kaki travel’ terutamanya peminat K-drama, Korea Selatan pastinya termasuk dalam senarai bucket-list negara yang wajib dikunjungi.
Seoul, ibu kota republik berkenaan bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, bahkan juga merupakan destinasi yang sangat mesra bagi pelancong Muslim.
Buat pelancong Muslim yang mahu berkunjung ke Korea Selatan, di mana Seoul kini menawarkan pelbagai kemudahan halal dan fasiliti yang memudahkan perjalanan, sekali gus menjadi destinasi yang ideal untuk pengembara Muslim khususnya dari Malaysia.
Bagi anda yang sedang merancang percutian yang selesa dan mudah, syarikat penerbangan Batik Air menawarkan penerbangan terus ke Seoul dengan perjalanan kira-kira tujuh jam dari Malaysia.
Penting untuk merancang percutian dengan menyenaraikan destinasi menarik serta aktiviti yang ingin diterokai sepanjang berada di Seoul.
Jangan risau, mStar senaraikan beberapa destinasi menarik mesra Muslim yang boleh anda terokai di Seoul yang pastinya sesuai untuk percutian bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
1. Taman Nami (Pulau Nami)
Terkenal dalam kalangan peminat K-drama selepas ia menjadi lokasi penggambaran untuk drama popular Winter Sonata pada awal 2000-an, Pulau Nami menjanjikan pemandangan yang memukau. Musim panasnya pula menyaksikan pokok-pokok yang menghijau dan segar, menjadikan pengalaman percutian begitu mengasyikkan.
Terletak kira-kira 63 kilometer di luar Seoul, Pulau Nami menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal, mengunjungi galeri seni dan melakukan aktiviti air yang pastinya ideal untuk percutian keluarga.
2. Pelayaran malam Sungai Han
Pelayaran di Sungai Han memberi peluang kepada anda menikmati keindahan bandar raya Seoul dari sudut yang berbeza. Nikmati pelayaran malam di Sungai Han yang menenangkan, sambil merasai keindahan kota Seoul yang diterangi cahaya malam.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesima keindahan dan keseronokan di Batam, pengalaman tiada tandingan… Ini 10 lokasi, aktiviti menarik anda wajib tahu
ARTIKEL BERKAITAN: Teroka keunikan warisan budaya dan kemodenan Jepun… Ini 3 lokasi wajib dalam ‘checklist’ anda
3. Kedai makan dan restoran halal
Terdapat pelbagai pilihan restoran yang menawarkan hidangan halal di Seoul, dari masakan tradisional Korea hingga sajian antarabangsa antaranya seperti EID – 이드 Halal Korean Food, HAJJ Korea Halal Food, dan Kampungku Restaurant.
Rugi rasanya jika tidak menikmati makanan tempatan yang begitu terkenal iaitu Bibimbap (nasi campur dengan pelbagai sayuran dan daging halal), Bulgogi (daging lembu halal yang dipanggang), dan Samgyetang (sup ayam dengan ginseng).
4. Menara N Seoul
Salah satu tarikan paling ikonik di Seoul, Menara N Seoul terletak di puncak Gunung Namsan. Juga dikenali sebagai Menara Hamsan, ia menawarkan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari seluruh bandar Seoul. Paling cantik tentunya pada waktu malam apabila seluruh kota diterangi dengan cahaya yang mempesonakan.
5. Masjid Besar Seoul (Seoul Grand Mosque)
Terletak di Itaewon, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah tetapi juga pusat komuniti bagi pelancong Muslim. Ia menawarkan kemudahan solat yang lengkap dan selesa untuk jemaah.
Bukan sekadar itu, ia juga memberi penerangan tentang budaya Islam di Korea. Sememangnya memudahkan, anda juga boleh menikmati suasana mesra Muslim di sekitar kawasan Itaewon yang terkenal dengan kedai-kedai halal.
Menara N Seoul berdiri megah, menawarkan pengalaman yang memukau dengan pemandangan panoramik seluruh kota Seoul.
6. Kafe teh tradisional Korea
Wajib ada dalam senarai adalah mengunjungi kafe teh tradisional di Seoul. Kafe teh tradisional Korea, yang dikenali sebagai Dawon atau Chajang, menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding kafe moden yang biasa. Ternyata menjadi kafe yang luar biasa, ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati teh Korea yang asli, sambil merasai ketenangan dan keindahan budaya negara ini.
Bayangkan anda menghirup teh di tempat yang sejuk dan selesa, pasti minda serta-merta tenang dan mendamaikan. Teh Korea seperti teh hijau atau teh ginseng adalah pilihan yang sangat popular.
7. Pavilion Hyewonjeong
Terletak di Taman Namsan, pavilion yang dibina pada 1911 semasa Dinasti Joseon merupakan lokasi tumpuan pelancong yang menenangkan dan penuh sejarah.
Ia menawarkan pemandangan yang indah dan ideal untuk relaksasi serta menikmati keindahan alam semula jadi serta seni bina tradisional di Seoul.
8. Lotte World Mall dan COEX Mall
Kedua-dua mall ini menawarkan pelbagai kemudahan dari aktiviti membeli-belah, hiburan, makanan, hingga pengalaman budaya yang unik.
Lotte World Mall yang terletak di kawasan Jamsil memiliki pelbagai kedai, dari jenama tempatan Korea hingga jenama antarabangsa yang terkenal.
COEX Mall pula terletak di kawasan Gangnam, terkenal sebagai pusat perniagaan dan hiburan Seoul. Ia juga merupakan salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia. Oh ya, jangan risau, kawasan solat turut disediakan untuk kemudahan pengembara Muslim di sini.
Selami warisan dengan keanggunan yang abadi di Korea dengan memakai hanbok.
Jika anda mencari destinasi percutian yang tidak hanya menawarkan keindahan tetapi juga mematuhi keperluan gaya hidup Muslim, Seoul di Korea Selatan adalah pilihan yang paling tepat.
Bijak merancang percutian, pengembara Muslim kini boleh menikmati perjalanan ke Seoul dengan selesa dan penuh keyakinan.
Tentunya Batik Air merealisasikan impian percutian anda dengan menawarkan penerbangan yang selesa, fleksibel dan mesra keluarga.
Bersama Batik Air, anda akan memperoleh pengalaman perjalanan yang tiada tandingan bagi meneroka budaya, makanan, dan keindahan alam Korea Selatan.
Jangan lepaskan peluang untuk merancang perjalanan ke Seoul bersama Batik Air, yang memastikan perjalanan anda lancar, selesa, dan penuh pengalaman yang bermakna.
Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, layari laman web www.batikair.com atau menggunakan aplikasi mudah alih Batik Air.