KETIKA menjejakkan kaki ke Restoran Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara, kesabaran seharian berpuasa sedikit tergugat apabila mata tertumpu pada deretan juadah berbuka yang disediakan dengan menarik sekali. Melangkah sahaja masuk, Ayam Golek Istana yang tersergam indah seperti memanggil-manggil untuk disantap menambahkan lagi rasa tidak senang duduk menanti waktu berbuka puasa. Hidangan itu istimewa kerana ia adalah resepi turun temurun oleh cef selebriti terkenal, Datuk Ismail Ahmad untuk Sofitel Kuala Lumpur Damansara. Ayam Golek Istana resepi istimewa cef selebriti terkenal Datuk Ismail Ahmad. "Apabila mendapat undangan untuk berkolaborasi menghasilkan menu bufet tahun ini, saya terpanggil untuk menyediakan Ayam Golek Istana memandangkan Istana Negara tidak jauh daripada hotel ini. "Ia memang menu istimewa yang khusus untuk bufet Ramadan dalam melambangkan kemewahan dan citarasa tinggi," katanya. Tidak cukup dengan itu, juadah istimewa itu turut digandingkan dengan Kambing Golek bersama Nasi Briyani Kacang Gajus resepi istimewa Cef Eksekutif, Kim Gates. Seleksi makanan India turut menjadi tumpuan. Cef Ismail turut menampilkan pelbagai hidangan Melayu klasik yang mengimbau memori seperti Ayam Masak Kicap Cuka, Gulai Semilang bersama Daging, Masak Lemak Nangka bersama Daging dan Udang Lemak Nenas. Selain itu, lauk-pauk lain yang turut dihidangkan termasuk Ayam Percik Kelantan, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Pari dan Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Cef selebriti itu turut menampilkan pelbagai jenis kerabu sebagai pembuka selera seperti Lawar Jantung, Rendang Pucuk Ubi, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Taugeh dan Kerang serta Kerabu Daging Bakar. Gulai Lemak Nangka Daging dan Gulai Semilang Ayam antara resepi istimewa Cef Ismail. Secara keseluruhannya, Sofitel Kuala Lumpur Damansara menyediakan lebih 180 hidangan termasuk makanan tradisi India, Cina, Jepun, Barat termasuk makanan laut segar. Sebagai permulaan ketika berbuka puasa apa kata mulakan dengan pelbagai citarasa kuih-muih tradisional Melayu seperti Pulut Durian, Seri Muka, Ketayap atau pun boleh ke Live Station untuk mencuba Roti Bomb, Roti Canai, Roti John, Murtabak yang dimasak segar oleh cef... memang terangkat! Bagi yang inginkan kelainan terdapat juga pilihan makanan di stesen untuk menu kegemaran masyarakat Cina dan India yang menunya adalah citarasa khas cef eksekutifnya sendiri. Makanan laut segar seperti udang dan ketam turut disediakan. Ini termasuk juadah istimewa yang juga menjadi pilihan ramai seperti Chili Crab Singapura, Ayam Kung Pao, Itik bersama Sayur Masin dan Halia dan sebagainya. Tidak lupa di stesen India, cef Kim menyediakan beberapa juadah istimewa seperti Kobis Kuttu, Aloo Jeera, Nasi Briyani Jintan dan Chutney Mangga. Stesen Sushi juga tidak dilupakan kepada pelanggan yang gemar makanan Jepun selain pelanggan boleh memilih makanan laut seperti udang atau sotong untuk dimasak secara terus oleh cef sama ada menu Kam Heong atau Black Pepper. Ayam masak Lemon, Sayuran antara menu di stesen hidangan Cina. Kalau tak 'pekena' Kambing Golek memang tak sah! Jangan bimbang di stesen sama anda hanya perlu minta dan cef akan sediakan bukan sahaja Kambing Golek tetapi Beef Sirloin Steak, Salmon Panggang, Ayam Panggang dan pelbagai jenis ikan bakar seperti Selar, Pari, Udang Harimau dan sebagainya. Jangan balik dulu... stesen desert tak singgah lagi! Itu pun boleh jadi rambang mata sebab kebanyakan hidangan disediakan memang kena dengan citarasa bersempena bulan puasa. Cakap nak apa, Serawa Durian, Tapai Pulut, Tapai Ubi, Brownies, termasuklah seleksi kek dan manisan barat, Kek Karamel Nenas, Vanilla Creme Choux, Berry Tart, Velvet Cake Pop termasuk buah-buahan segar. Pelbagai kek dan manisan sebagai pencuci mulut. Sambil menikmati hidangan disediakan, pelanggan turut dihiburkan dengan persembahan gamelan, selain kemudahan surau disediakan bagi urusan solat Maghrib dan Isyak. Harga yang dikenakan juga cukup berbaloi iaitu RM188nett (dewasa) dan RM94nett (Kanak-Kanak) dan bufet Ramadan itu akan berlangsung sehingga 4 Jun 2019. Malah pihak Sofitel Kuala Lumpur Damansara turut menyediakan hamper yang mengandungi pelbagai jenis biskut, kek seperti Baklava serta kurma berkualiti tinggi dengan hanya RM200nett sehingga 10 Jun depan. Datuk Ismail Ahmad bersama Pengurus Besar Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Franck Loison dan Cef Eksekutif Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Kim Gates. Hotel mewah inspirasi daripada French Art De Vivre itu juga turut menawarkan promosi istimewa iaitu RM638.60 untuk menginap di Sofitel Kuala Lumpur Damansara sehingga 31 Mei ini. Tawaran itu termasuk pakej sahur, sarapan pagi dan makan tengah hari atau makan malam. Set sahur juga disediakan pihak hotel sepanjang bulan Ramadan untuk tetamu beragama Islam dengan hanya RM85nett bermula pukul 3 hingga 5 pagi. Kambing Golek bersama Nasi Briyani Kacang Gajus antara menu istimewa. Bufet sahur itu juga boleh ditukar untuk tetamu yang layak mendapat bufet sarapan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau menghubungi 03-2720 6688 atau Whatsapp ke 018-870 8515. View this post on Instagram INI dia Ayam Golek Istana - juadah istimewa daripada Datuk Chef Ismail yang cukup mewah dan memikat selera. Macam-macam seleksi hidangan tradisional ada di @sofitelkualalumpurdamansara. Anda kena cuba sendiri! #kongsinikmat #mstar A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 14, 2019 at 7:26pm PDT