PIZA yang dihidangkan di restoran US Pizza tidak pernah gagal membuatkan pelanggan terpukau dengan resepi di luar jangkaan tetapi cukup enak dan menyelerakan. Atas dasar itulah, ia telah menarik perhatian ramai pelanggan yang berkunjung ke rangkaian restoran itu di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.ARTIKEL BERKAITAN: Isinya padat, kuahnya manis berlemak, Maggie Ketam Power memang padu...Tun M pun dah cuba tau! Piza yang dihasilkan juga dibuat menggunakan tepung premium dan paling penting bebas minyak bagi menghasilkan kerak piza yang lembut sebelum disalut dengan sos khas. Setiap piza juga dibuat mengikut pesanan bagi memastikan kesegaran dan kepuasan pelanggan tatkala membuat gigitan pertama pesanan mereka. Untuk menarik selera tempatan, pelanggan boleh mencuba menu Piza Indomie dan Piza Sambal Petai. Piza Indomie yang cukup menarik dan menyelerakan, Menggunakan Indomie original, ia turut datang dengan ayam panggang lembut, telur, bawang merah dan cili yang membangkitkan rasanya. Bagi yang inginkan kelainan, Piza Sambal Petai adalah pilihan tepat - aromanya sahaja sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja terliur. Tidak hanya petai, ia turut dihiasi dengan pelbagai makanan laut, pes sambal serta keju premium 100 peratus! Kegemaran lain pelanggan termasuklah Cheese Boat Pizza dan Golden Ocean Salted Egg Pizza (bersama sos telur masin, sotong, udang, daun kari dan cili goreng). Memang terangkat! Bagi yang sukakan pilihan tradisional jangan bimbang, pelbagai jenis piza terdapat dalam menu seperti Aloha, Bolognese Chicken, Spicy Chicken Delite, US Favourite Beef, Spicy Veggie Lover dan Banana Mania. Menu istimewa pula termasuklah Italian Way Beef, Jumbo Deluxe Chicken, Macho Meat Beef Lover, New Yorker Chicken, Sumo Seafood, Penang Special and Tom Yam Chicken Delite. Tak cukup itu, pelanggan boleh memesan pasta, lasagna dan pembuka selera seperti florida honey wings, crazi garlic twist, salad dan sup cendawan. Restoran US Pizza di Pulau Pinang terletak di Segitiga Setia (Sungai Ara), Green Lane (di samping Gembira Parade), Summerton (Bayan Baru), Bukit Mertajam (Pusat Perniagaan Gemilang) dan Raja Uda (Pusat Perniagaan Raja Uda). Paling penting restoran US Pizza adalah dijamin halal. - THE STAR Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!