GABUNGAN masakan daripada dua budaya iaitu Cina dan Melayu bukan perkara asing dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ramai di antara kita cukup gemar dengan menu seperti laksa nyonya, pau rendang, mi wantan dan sebagainya. Senang kata, fenomena itu sudah bertapak sejak puluhan tahun lamanya, hinggakan pelbagai restoran menjadikannya sebagai menu tarikan utama mereka dalam mencerminkan masyarakat majmuk di negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak makan nasi daun pisang? Ini 7 restoran yang harus dikunjungi Bagaimanapun, perlu diberi perhatian bahawa kunci kepada keenakan hidangan tersebut sebenarnya bergantung kepada kualiti bahan makanan yang disediakan. Nasi Lemak ala 'bibimbap' adalah menu terbaharu Santai Yamch'a selain sambal udang sebagai signature hidangan itu. Memandangkan kita sudah sebati dengan rasa masakan Melayu, apa kata cuba berkunjung ke Santai Yamch'a Dim Sum yang terletak di pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya, Selangor. Seperti namanya, restoran yang dibuka sejak September 2021 ini menyediakan menu asli masyarakat Tiounghua namun menyuntik unsur tempatan dalam memberi pengalaman berbeza menikmati juadah signature gabungan kedua-dua budaya di restoran itu. Bercerita mengenai menu di Santai Yamch'a Dim Sum, Rich Tan selaku pengasasnya berkata, menu yang dihasilkan menggunakan produk halal, malah restoran yang selesa dan santai itu telah mendapat kelulusan Sijil Halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) baru-baru ini. Hidangan menu utama yang cukup memikat hati! "Pelanggan yang datang tidak perlu bimbang kerana premis ini seratus peratus menggunakan bahan makanan yang halal dan telah mendapat sijil halal Jakim. "Menu utama kami adalah dim sum dan nasi lemak yang mengetengahkan makanan tradisional Melayu dan Cina, untuk memberikan kelainan pada menu sedia ada," katanya yang bakal membuka cawangan terbaharu di SkyAvenue Genting Highlands tidak lama lagi. Kesempatan mStar berkunjung ke restoran itu baru-baru ini memang memberi pengalaman berbeza dan sekali pandang memang anda tidak akan menyangka ia hidangan gabungan dua budaya. Nasi Lemak Sambal Udang dengan kari ayam membangkitkan rasa, malah Laksa pula sebagai pembuka selera. Namun penggunaan bahan signature seperti sambal pati soya (sambal udang), kuah kari, menambah lagi keunikan hidangan di Santai Yamch'a Dim Sum. Meskipun ia masih sarat dengan aroma tradisional, setiap hidangan juga turut mempunyai elemen campuran rasa dan bahan yang pelbagai. Sementara itu, pengalaman mencuba sendiri monster chicken rice with curry, asam laksa dan tiga jenis nasi lemak di Santai Yamch'a Dim Sum cukup menarik terutama nasi lemak ala 'bibimbap' cukup membuatkan rasa teruja. Prawn Cheong Fan, Egg Cheong Fan, Vegetables Cheong Fan yang didatangkan dengan sos khas dan sos lada hitam menjadi seleksi pilihan ramai. Ia turut didatangkan dengan ayam goreng bersalut honey soy garlic, nasi lemak dengan sentuhan warna biru dari bunga talang, timun, ikan bilis, sambal dan sambal udang menambahkan kemeriahan hidangan itu. Paling menyeronokkan, ia dihidangkan dalam mangkuk dan boleh digaulkan seperti ketika menikmati bibimbap iaitu makanan popular masyarakat Korea. Tanpa ragu-ragu, ia antara menu wajib yang perlu dicuba ketika berkunjung ke restoran itu. Nerdy Red Bean Bao dan Custard Lava Bao menjadi pujaan di Instagram dengan keunikannya. Antara menu lain yang dihidangkan termasuklah signature dry noodle with braised egg and chicken teriyaki, signature dry noodle with braised egg and salted chicken chop, signature fried chicken wings, fried rice with ayam goreng santai dan sticky honey fried rice. Paling best, nasi lemak biasa turut disertakan segelas teh tarik dengan pilihan sejuk atau panas, aromanya sahaja sudah membangkitkan selera. Sementara itu, kunjungan ke restoran itu tidak akan lengkap sekiranya tidak mencuba steam dim sum yang juga menu terlaris dan popular dalam kalangan pelanggan. Rasai kelainan Steam Beancurd Chicken Roll, Honey Bbq Chicken Bao, Chicken Siew Mai dan Har Gao di Santai dengan sos istimewanya. Antara yang sering menjadi tumpuan termasuklah nerdy red bean bao, custard lava bao, begitu juga red oil wonton, steam beancurd chicken roll, honey bbq chicken bao, chicken siew mai dan har gao - prawn dumpling. Kelembutan dim sum dapat dirasa melalui kunyahan demi kunyahan dengan celupan sos cili dan sos khas lada hitam menyempurnakan lagi aneka rasa dalam mulut. Menariknya, nerdy red bean bao ini biasanya dicucuk dengan pencucuk chopstick di mulut makanan untuk mengetengahkan lagi keunikan restoran itu. Mee Tarik with Dumplings Soup antara menu utama yang sesuai ketika datang bersantai di Santai Yamch'a. Apabila ditanya tentang berapa jenis dim sum yang terdapat dalam menu, Pengurus Operasi restoran itu, Muhammad Farid Hamidin, 41, berkata, dim sum sahaja ada 10 jenis manakala Cheong Fan pula lima jenis dan menariknya ia 100 peratus dibuat secara manual. Jika tidak gemar dengan steam dim sum, anda boleh mencuba fried dim sum - kerangupannya sahaja cukup membuatkan anda menambah pesanan, memang sedap! Tidak cukup dengan itu, pelanggan juga disarankan untuk merasai sendiri variasi menu egg fried rice with gyoza, braised soy chicken with vegetables, signature braised mince chicken set, braised minced chicken with vegetables and fried dumplings dan braised minced chicken with soup and vegetables. Egg Tart sentiasa di carta pertama masyarakat Malaysia selain rasa yang kena dengan tekak. Bagi mereka yang sukakan pencuci mulut, egg tarts adalah pilihan yang tepat disamping kehangatan rasa kopi yang menyengat sebagai penutup selera. Sebut sahaja restoran Santai Yamch'a Dim Sum, pasti terfikir di ruang benak suasana restoran yang selesa dan santai khusus bagi mereka yang ingin tenangkan fikiran dengan hidangan yang serba unik - yang paling penting Halalan Toyyiban! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI