suria

Tercari-cari sajian citarasa Thai... apa kata ke Royale Chulan The Curve, gandingan kerabu mangga dan tom yam pasti buat anda repeat!

Window Restaurant di Royale Chulan The Curve ketengahkan sentuhan Rasa Thai dalam masakan yang tersendiri.

MASAKAN negara jiran, Thailand sudah sebati dengan masyarakat di negara ini, malahan ia sering menjadi antara hidangan pilihan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan.

Misalnya tom yam, yang biasanya digandingkan bersama nasi putih, antara menu utama di kebanyakan restoran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Santai Yamch'a gabung hidangan 2 budaya... dim sum, nasi lemak ‘bibimbap’ memang terangkat!

Di Royale Chulan The Curve, cef di Window Restaurant yang berpengalaman 17 tahun dalam bidang kulinari kini tampil menghasilkan hidangan dengan identiti tersendiri.

Jika sebelum ini, rasa thai bertapak di Royale Chulan Damansara, kini ia dipindahkan ke Royale Chulan The Curve dengan 80 peratus masakan dihidangkan tanpa perubahan resepi.

Digelar Rasa Thai The Curve, hidangan 'dari dapur kita' itu dibahagikan kepada lima menu utama seperti kerabu mangga, tom yam, ikan siakap masak pedas, nasi goreng dan pulut mangga.



Chef Fikri pamerkan hidangan berkonsepkan rasa Thai selain empat lagi menu sajian utama.

Chef Eksekutif, Mohd Zulfikri Bidin, 38, berkata, beliau tidak ingin mengubah keseluruhan resepi hidangan rasa Thai kerana mementingkan keaslian rasanya.

"Rasa Thai di sini berbeza dengan menu negara jiran yang ditawarkan di tempat lain.

"Resepi masakan yang digunakan pasukan kami 100 peratus asli tanpa sebarang bahan tambahan seperti barangan sejuk beku bungkus yang hanya perlu dipanaskan sebelum dihidangkan.



Kerabu Mangga serntiasa menjadi pesanan utama pelanggan selain tomyam.

Ternyata, masakan citarasa Thai itu bukan sahaja mempunyai aroma yang membangkitkan selera, malah rasanya sangat lazat dan berada pada kelas tersendiri.

Sementara itu, pengalaman mencuba sendiri hidangan di Window Restaurant Royale Chulan The Curve cukup menarik terutamanya menikmati kerabu mangga yang kena dengan selera tempatan.

Menggunakan resepi asli dalam masakan, ia dilengkapi dengan hirisan mangga separuh masak, hiasan timun dan cili yang membangkitkan rasanya.

Tom Yam Istimewa antara menu paling laris dengan rasa pekat kuah tomyam di Window Restaurant.

Bagi yang inginkan kelainan, tom yam adalah pilihan tepat dengan aromanya sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja terliur.

"Hidangan ini dihasilkan dengan penuh teliti tanpa dan tom yam dari dapur kita mempunyai tekstur serta rasa yang menyengat," kata Chef Fikri.



Persembahan Ikan Siakap Masak Pedas menarik perhatian tetamu yang datang.

Juga kerana aromanya, ikan siakap masak pedas juga terbukti enak hingga membuatkan pelanggan tak sabar nak repeat menjamu di Window Restaurant.

Menariknya, ikan siakap dicelup dengan tepung premium sebelum digoreng dan dihiasi taburan daun sup, hirisan salad dan lobak, serta curahan kuah masak pedas yang memang menyelerakan.



Kelainan sajian di Window Restaurant dari segi persembahan, tekstur dan warna.

Jangan pula lupa memesan Nasi Goreng Istimewa Thai yang menduduki carta keempat pilihan tetamu ke restoran itu.

Menggunakan hiasan daun pandan jelas menarik perhatian ramai, selain turut disajikan dengan keropok, kek ikan, telur mata lembu, acar sebagai penambah rasa, malah udang pada nasi goreng memeriahkan lagi hidangan itu dengan tekstur yang lembut.

"Sebagai pelengkap hidangan, Window Restaurant menawarkan minuman istimewa seperti Kedondong Asam Boi, Pegaga dan Teh Ais Thai," ujar cef berkenaan.

Kata Chef Fikri, apa yang penting dalam resepi Rasa Thai dapat memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung dii di Window Restaurant.

Bukan sahaja masakan, malahan suasana di Window Restaurant juga sesuai untuk tetamu yang ingin mengadakan pelbagai majlis, kerana persekitaran yang nyaman dan selesa.



Pulut Mangga dengan sentuhan dekorasi buah-buahan menjadi pilihan ramai.

Mengintai menu kegemaran ramai yang lain adalah pulut mangga yang dihias indah sebagai pembuka selera dengan rasa dan teksturnya mampu meninggalkan kesan istimewa buat penggemar pulut.

Tak cukup dengan itu, bukan sahaja mangga manis, hirisan buah kiwi dan strawberi juga menambahkan seri hidangan itu sekali gus menarik perhatian pelanggan di restoran itu.

Fikri berkata, terdapat lebih dari 30 hidangan disediakan tenaga kerja di dapur Window Restaurant dengan penuh teliti selain memastikan kualiti bahan masakan yang segar dari ladang.

"Kami menawarkan promosi makanan Rasa Thai yang boleh didapati untuk makan tengahari dan makan malam bermula 15 Februari sehingga 15 Mac pada jam 12 tengahari hingga 10 malam.

"Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan selain kualiti asli pada hidangan yang tinggi," katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan, bolehlah menghubungi 03 7843 111 atau laman web rasmi hotel di www.royalechulan.com.

Window Restaurant bukan sahaja memberikan kelainan rasa dan teksturnya malah persembahannya yang menarik - paling penting restoran Window adalah dijamin halal!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain