suria

Nasi ayam di Jeremy's Chicks tampil kelainan, Nasi Chicks Percik dan BBQ paling mantap!

Pelbagai jenis nasi ayam di Jeremy's Chicks yang pasti menambat hati anda.

NASI ayam antara juadah paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia bukan sahaja ringkas tetapi lazat dengan aromanya sahaja sudah mampu membuatkan ramai terliur.

Biasanya, nasi ayam akan dihidangkan dengan sup kosong, sos cili, kicap dan sambal halia bersama hirisan tomato dan timun bagi menjadikan ia hidangan seimbang dan mempunyai nutrisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Piza selera tempatan resepi istimewa Cef Wan di US Pizza... paling terangkat Cheeseboat, tiba-tiba terasa keju cair dalam mulut!

Untuk ayamnya pula, ia biasanya datang dalam pilihan ayam panggang ataupun stim.

Jeremy Main Pix

Nasi Chicks Percik dan Nasi Chicks Kicap antara menu istimewa yang wajib dicuba.

Ketika bulan puasa, nasi ayam juga menjadi antara juadah buruan di bazar Ramadan untuk dinikmati ketika berbuka namun agak sukar mencari yang sedap.

Jangan bimbang! JIka anda ragu-ragu untuk membelinya di bazar, apa kata berkunjung ke Jeremy's Chicks di SS15 Subang Jaya, Selangor yang menyajikan pelbagai jenis nasi ayam dan akan membuatkan anda rambang mata memilih menu berbuka puasa.

Tak perlu beratur panjang di bazar Ramadan untuk beli ayam percik, mStar yang berkesempatan berkunjung ke restoran itu baru-baru ini cukup tertarik dengan Nasi Chicks Percik yang cukup menggoda iman.

Jeremys 2

Jeremy's Chicks terletak di SS15 Subang Jaya dan mempunyai sijil halal.

Dari kejauhan aroma ayam perciknya yang dibakar bersama sos istimewa sudah menusuk hidung. Paling penting ia cukup enak dimakan bersama nasi yang gebu dan lembut.

Jika inginkan kelainan, Nasi Chicks Percik adalah jawapan bagi yang teringin nasi ayam sebagai juadah berbuka puasa.

Selain itu, antara yang menarik perhatian adalah Nasi Chicks BBQ yang dihidangkan bersama ayam BBQ manis dan smoky dan cukup lembut - anda pasti tidak menyesal dan akan pesan sepinggan lagi selepas menikmatinya.

BBQ

Nasi Chicks BBQ juga antara yang laris.

Paling menarik di Jeremy's Chicks adalah Nasi Chicks Kicap iaitu ayam masak kicap biasa tetapi yang anehnya cukup enak dimakan bersama nasi ayam.

Sambal yang dihidangkan juga agak berbeza di mana pelanggan akan diberikan Sambal Balado yang memang terangkat dan membuatkan anda berpeluh-peluh ketika menikmatinya.

Selain menu istimewa itu, Jeremy's Chicks juga menjual Nasi Chicks Roasted (panggang), Nasi Chicks Poached (stim) dan Nasi Chicks Fried (goreng).

Side dish

Mi Wantan, dimsum antara hidangan sampingan yang boleh dipesan pelanggan.

Bagi yang ingin mencampur ayam, bolehlah memesan kombo Nasi Mixed iaitu ayam goreng dan BBQ.

Sementara itu, Jeremy's Chicks bukan sahaja menjual nasi ayam tetapi terdapat pelbagai menu sampingan yang boleh dipesan sebagai pelangkap menu utama.

Sebagai menambah selera, anda boleh memesan sup bebola ikan, pak choy, telur rebus kicap dan tauhu rebus kicap yang cukup sesuai dimakan bersama nasi ayam.

Jeremy 1

Rasai keenakan nasi ayam sebagai juadah berbuka puasa.

Bagi yang sukakan mi wantan, terdapat empat jenis pilihan dan paling digemari ramai adalah set mi wantan dan ayam panggang serta mi wantan dan ayam BBQ selain mi wantan dan ayam stim serta Mi Wantan Hong Kong.

Menu di Jeremy's Chicks bukan sahaja enak tetapi harganya juga berpatutan. Paling penting ia mempunyai sijil halal daripada Jakim!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain