suria

Piza selera tempatan resepi istimewa Cef Wan di US Pizza... paling terangkat Cheeseboat, tiba-tiba terasa keju cair dalam mulut!

Pelbagai menu dengan selera tempatan dan antarabangsa hanya di US Pizza.

BAGI yang pernah menikmati piza di restoran US Pizza, pasti tahu keenakan dan kelainan yang sering ditampilkan dalam memenuhi citarasa dan selera rakyat Malaysia.

Tidak hanya menghidangkan piza dengan perisa biasa, siapa boleh lupa dengan Piza Indomie selain Piza Sambal Petai yang aromanya sahaja sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja terliur!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun terperap berbuka di rumah, apa kata intai 10 bufet Ramadan untuk dikunjungi kali ini!

Itu adalah keunikan Us Pizza dalam memenuhi selera tempatan dan paling penting piza yang dihasilkan menggunakan tepung premium dan bebas minyak bagi menghasilkan kerak yang lembut sebelum disaluti dengan sos khas.

Terbaharu, Us Pizza berkolaborasi dengan chef terkenal iaitu Cef Wan menerusi dua menu istimewa iaitu Wan-derful Prawn Pizza dan Spicy Vietnamese Chicken Pizza dalam siri Chef Wan Specials.

file7k47u257ug98fv1jj6b

Wan-derful Prawn Pizza dan Spicy Vietnamese Chicken Pizza dalam siri Chef Wan Specials patut dicuba.

Kedua-dua menu itu adalah resepi khas daripada Cef Wan yang bukan sahaja berbeza tetapi cukup kena dengan selera masyarakat Malaysia.

Seperti namanya, Wan-derful Prawn Pizza merupakan pilihan terbaik bagi yang sukakan makanan laut kerana ia cukup meriah dengan udang dengan taburan pes cili Thailand yang memberikan rasa pedas manis.

Apa lebih istimewa mengenai menu itu, ia turut ditabur dengan bungan kantan dan serai yang membuatkan aromanya cukup harum dan memberikan rasa segar pada gigitan pertama.

Manakala Spicy Vietnamese Chicken Pizza pula datang dengan ayam berempah, hirisan cili yang memberi sensasi pedas dan sos Vietnam daripada resepi Cef Wan sendiri. Paling penting, taburan daun pudina memberi kesegaran pada hidangan tersebut.

file7k47udacb1t1iezloj6b

Anda tidak akan menyesal memesan Cheeseboat piza.

Sementara itu, bagi penggemar keju, anda kena pesan Cheeseboat yang diperbuat menggunakan limpahan keju jenis mozzarella! Tidak cukup dengan itu, ia turut dihidangkan dengan mentega, telur dan carikan daun basil.

Menariknya, sebelum ia dinikmati, anda perlu menggaul telur dengan keju - dengan melakukan aksi menarik keju yang cukup mengujakan!

Cukup sesuai dimakan ketika masih panas, rasai sendiri gabungan keju mozzarella dan telur yang mencair di dalam mulut anda! Memang terangkat.

Bagi yang menyukai telur masin, Golden Ocean Salted Egg Pizza adalah jawapannya! Ia bukan sebarang piza tetapi taburan telur masin di atas keju yang meleleh cukup membuatkan sesiapa sahaja terliur.

file7k47u4keu3re98zaj6b

Golden Ocean Salted Egg Pizza antara paling digemari.

Siapa sangka gabungan telur masin dan keju cukup memberikan rasa luar biasa di dalam mulut dan anda pasti menyesal memesan saiz biasa!

Bagi yang sukakan pilihan tradisional jangan bimbang, pelbagai jenis piza terdapat dalam menu seperti Aloha, Bolognese Chicken, Spicy Chicken Delite, US Favourite Beef, Spicy Veggie Lover dan Banana Mania.

Menu istimewa pula termasuklah Italian Way Beef, Jumbo Deluxe Chicken, Macho Meat Beef Lover, New Yorker Chicken, Sumo Seafood, Penang Special and Tom Yam Chicken Delite.

Tak cukup itu, pelanggan boleh memesan pasta, lasagna dan pembuka selera seperti florida honey wings, crazi garlic twist, salad dan sup cendawan.

file7k47ucjcnxf4j2ifj6a

Proses menggaul keju dan telur pada Cheeseboat pengalaman cukup menarik.

Menghidangkan piza terbaik sejak 1997, US Pizza mempunyai lebih 70 menu dan pelbagai topping daripada citarasa tempatan dan antarabangsa yang boleh dinikmati oleh semua orang. Jadi jika mencari piza terbaik, US Pizza adalah jawapannya.

Semua pizanya dihasilkan menggunakan 100 peratus keju premium, kerak piza bebas minyak dan diuli secara manual, hanya bahan-bahan segar dan sos istimewa.

Paling penting ia dijamin halal dan ia boleh didapati di semua cawangan US Pizza di seluruh Malaysia atau memesan secara dalam talian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain