suria

Nampak mudah tapi masak pengat guna santan ada caranya... Jangan sampai berketul, pecah minyak!

Ada cara untuk memastikan pengat pisang yang dimasak enak dan menyelerakan.

SEPANJANG Ramadan, pasti ramai daripada kita gemar mencuba pelbagai resipi baharu dan menarik yang dikongsi di media sosial.

Antara juadah yang paling menjadi perhatian adalah resipi pencuci mulut tradisional Melayu yang mana kebanyakannya menggunakan santan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun terperap berbuka di rumah, apa kata intai 12 bufet Ramadan untuk dikunjungi kali ini!

Tentunya antara resipi paling mudah menggunakan santan adalah membuat pengat seperti pengat pisang, pengat kacang hijau dan pengat jagung.

Penggunaan santan di dalamnya akan membuatkan pengat atau bubur menjadi lebih sedap dan berlemak.

Tetapi memasak menggunakan santan tidak semudah disangka kerana ia perlu diberi perhatian agar ia tidak pecah minyak, berketul dan menjadi kental ketika mendidih.

Bagi memudahkan memasak pengat menggunakan santan, berikut beberapa tip bagi memastikan masakan anda sedap!

daging-kelapa-Padangkita.com_

1. Gunakan kelapa tua untuk santan

Santan daripada kelapa tua lebih sedap digunakan dan paling baik air perahan kelapa yang pertama dijadikan pati untuk bubur.

5ea921c9e6bb6

2. Kacau santan setiap dua minit sekali

Bagi memastikan santan dimasak dengan baik, ia perlu dikacau setiap dua minit sekali supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.

Apabila santan mendidih, sebaik-baiknya kecilkan api dan kacau perlahan.

1206079

3. Rebus santan dengan daun pandan

Bagi menaikkan aroma santan, campakkan beberapa helai daun pandan yang diikat ke dalam periuk agar baunya lebih harum.

4. Rebus santan dengan daun limau purut

Selain daripada daun pandan, tahukah anda bahawa santan boleh dimasak bersama daun limau purut? Ia bukan sahaja menaikkan aromanya, bahkan mempunyai kebaikan lain.

Penggunaan daun limau purut adalah bagi membuatkan santan tidak mudah pecah minyak. Jika itu berlaku, makanan yang dimasak menjadi kurang sedap.

cff85b6e-f0a6-462b-b214-d43c1370a767_169

5. Gunakan api besar semasa merebus santan

Bagi mengelakkan bubur yang dimasak cepat basi, kita disarankan untuk memasak santan menggunakan api yang besar.

Biarkan ia mendidih sambil kerap mengacaunya bagi mengelakkan ia mengental dan pecah minyak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain