suria

Di Banting ada nasi Arab sedap! Daging kambing cair dalam setiap suapan, harga pun berbaloi

Lamb shank mandhi antara hidangan popular di Restoran Nasi Arab AlShams.

SEBUT sahaja menu Timur Tengah atau nasi Arab, pastinya fikiran anda akan melayang ke beberapa restoran sekitar ibu negara Kuala Lumpur seperti Al Rawsha, Jalan Kampung Pandan mahupun Wadi Hadramawt di Jalan Ampang.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran, pastinya tidak sukar untuk menikmati keenakan hidangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat restoran timur tengah ini wajib ada dalam ‘list’ makan-makan di KL... Bukan kunafa je, nasi mandy pun padu!

Namun jika tinggal berjauhan seperti di Sepang mahupun Kuala Langat, Selangor, pastinya anda akan berfikir berkali-kali jika mahu ke ibu negara semata-mata ingin menikmati makanan berkonsepkan Timur Tengah.

Mana tidaknya, perjalanan pergi dan balik sahaja sudah makan masa selama dua jam, ditambah pula dengan kesesakan jalan raya dan tol. Pasti letih dan tak berbaloi bukan?

Shawarma daging menjanjikan rasa istimewa kepada pelanggan.

Shawarma daging menjanjikan rasa istimewa kepada pelanggan.

Untuk mereka yang craving sajian popular ini, jangan khuatir kerana mStar berkesempatan meneroka hidden gems di sekitar Banting yang menyajikan hidangan nasi Arab terbaik dan pasti menepati selera anda.

Terletak di Taman Sri Dagang, Kampung Bukit Changgang, Banting, Restoran Nasi Arab AlShams menyajikan pelbagai hidangan dari Timur Tengah, dari nasi sehinggalah pencuci mulut seperti kunafah dan baklava.

Meskipun restorannya terletak di antara rumah kedai dan bersaiz kecil, namun rasa setiap hidangannya pasti mengejutkan kerana ia disediakan sendiri oleh tukang masak yang dibawa khas dari negara Timur Tengah.

Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, menu lamb shank mandhi yang dihidangkan sangat membangkitkan selera kerana nasi yang lembut disajikan dengan daging kambing yang 'mencair' di dalam mulut, setiap kali suapan.

Antara desert yang turut dihidangkan kepada pelanggan.

Antara dessert yang turut dihidangkan kepada pelanggan.

Menu ini akan dihidangkan bersama salad, sambal dan yogurt khas ciptaan tukang masak, pun begitu jika anda ingin tambahan rasa, boleh menambah salatah sebagai pelengkap hidangan.

Anda juga boleh menyedut tulang rusuk atau 'gear box' yang terdapat di dalamnya sambil menikmati keenakan rasa rempah ratus.

Tapi awas ya jika anda sedang berdiet! Portion hidangannya agak besar bagi set single dan harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi.

Bagi yang tidak menggemari kambing, anda boleh mendapatkan chicken mandhi dan menu ini turut disediakan untuk santapan kanak-kanak.

Restoran AlShams antara pilihan terbaik nasi arab di daerah Banting.

Restoran AlShams antara pilihan terbaik nasi Arab di daerah Banting.

Mereka yang gemarkan rasa berempah boleh mencuba nasi kabsah yang pastinya lebih enak.

Selain itu, terdapat juga beberapa menu istimewa yang lain seperti shawarma, portafoglio, sheesh tawook dan kebab yang menjadi pilihan pelanggan.

Pencuci mulut seperti kunafah cheese dan baklava juga boleh diperoleh di sini.

Jadi apa tunggu lagi, singgahlah di Restoran Nasi Arab AlShams dan rasai sendiri setiap hidangan Timur Tengah yang disajikan.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan menepati bajet anda sekeluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain