suria

Segar, menyelerakan... peminat K-Drama pasti suka bingsu buah selambak!

Bingsu BingJoy menggunakan buah-buahan segar sebagai toping. - Foodporn/Jalan-jalan cuti santai

SIAPA saja yang tidak kenal dengan hidangan pencuci mulut, bingsu yang terkenal dari Korea.

Selain menyegarkan, ia juga dipenuhi khasiat daripada buah-buahan segar dan enak dimakan ketika musim panas terik.

Bingsu bermaksud ais kikir dalam bahasa Melayu dan sekali imbas ia kelihatan seperti ABC yang telah ditransformasikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Di Banting ada nasi Arab sedap! Daging kambing cair dalam setiap suapan, harga pun berbaloi

Tambahan pula, dengan variasi tambahan ais krim dan yogurt beserta susu, sirap, buah-buahan seperti strawberi, pisang, mangga, agar-agar dan juga bijirin... pastinya membangkitkan selera anda!

Bagi yang ingin merasai keenakan rasa asli bingsu, anda tidak perlu lagi beratur di kedai-kedai atau restoran makanan Korea.

Apa kata anda mencubanya di BingJoy Cheras Kuala Lumpur yang terletak berhadapan Tapak Urban Street Dining di Jalan Tasik Permaisuri 1.

Buah-buahan campuran sebagai toping antara pilihan utama pelanggan BingJoy.

Buah-buahan campuran sebagai toping antara pilihan utama pelanggan BingJoy.

Meskipun dijual 'peniaga jalanan', namun rasa yang dihasilkan sangat mengagumkan persis hotel mewah lima bintang. Seolah-olah anda sedang menikmati musim panas di Korea Selatan sambil bertemankan B Rain!

Lebih menarik apabila ia dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi-baloi.

Bayangkan dengan harga RM12, anda dapat menikmati 'semangkuk' besar bingsu yang dipenuhi buah-buahan pilihan sebagai toping.

Buah-buahan yang digunakan juga adalah segar dan terjamin.

Antara flavour yang disediakan sesuai citarasa masyarakat Malaysia.

Antara flavour yang disediakan sesuai citarasa masyarakat Malaysia.

Maka tidak hairanlah apabila ada yang menggelarkannya sebagai bingsu selambak buah.

Anda yang pertama kali ingin mencubanya, terdapat 13 jenis flavour disajikan dan paling penting boleh mix mengikut citarasa masing-masing.

Antara yang ditawarkan adalah anggur, kiwi, mangga, epal hijau, cornflakes caramel, butterscotch, Oreo dan Milo.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan bingsu Bingjoy Cheras dengan segera dan rasai sendiri pencuci mulut ala Korea!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain