suria

Baba's agih 6,000 bubur lambuk sempena Ramadan, tampil 10 resipi nostalgia dari seluruh negara

Azrain Mohammad (kanan) mengacau bubur lambuk sempena Rasa Bubur Lambuk Warisan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

BUBUR lambuk sememangnya sinonim dengan bulan puasa.

Mengambil keberkatan di samping mengimarahkan sambutan Ramadan, pengeluar rempah ratus terkemuka, Baba's mengagihkan sebanyak 6,000 bekas bubur lambuk kepada orang ramai pada program Rasa Bubur Lambuk Warisan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, baru-baru ini.

Menariknya, ia menampilkan 10 resepi bubur lambuk nostalgia dari seluruh negara, dengan setiap resipi menggunakan produk Baba's.

bubur 2

Sebanyak 6,000 pek bubur lambuk diagihkan untuk orang ramai dan pasukan barisan hadapan.

"Sebanyak 100 kilogram rempah ratus Baba's disumbangkan dan digunakan. Kesemua product Baba's diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa," demikian menurut Ketua Pemasaran BABA Product (M) Sdn Bhd, Azrain Mohamad.

Selain pengagihan secara pandu lalu, kakitangan Baba's dan beberapa syarikat penaja lain mengedarkan bubur lambuk di balai bomba, hospital dan beberapa lokasi tumpuan umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Top 7 lokasi bazar paling menarik di Selangor... Kalau nak rasa tongmo bakar sedap kena ke Klang!

Pada program itu, syarikat berkenaan turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada 70 anak yatim di negeri ini.

"Pihak kami ingin juga berkongsi keberkatan Ramadan bersama golongan yang memerlukan apabila menjemput 70 orang anak yatim dengan usaha sama Nu Ideaktive.

"Pihak kami juga mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk Baba's ke rumah anak yatim tersebut dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.

bubur 3

Kumpulan dan pengurusan Nu Ideaktiv dan Baba's di program Rasa Bubur Lambuk Warisan.

"Kami di pihak Baba's amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadhan yang barakah.

"Kami berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan skala yang lebih besar lagi dan kami akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Nu Ideaktive untuk meneruskan tradisi agihan bubur lambuk ini di masa depan," ujarnya lagi.

Untuk makluman, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu julung kali disertai Baba's bagi mengeratkan ukhuwah dan mengimarahkan sambutan Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain