suria

Pening nak pilih lokasi berbuka puasa? Ini senarai bufet Ramadan 2023 termasuk harga

Sekali sekala bawa keluarga untuk menikmati hidangan berbuka puasa di hotel.

RAMADAN datang lagi dan bulan mulia ini pastinya tidak lengkap tanpa suasana berbuka puasa yang meriah dengan beraneka juadah.

Selain daripada membeli di bazar Ramadan atau masak sendiri di rumah, apa kata sekali-sekala bertukar angin dengan menikmati hidangan bufet Ramadan di hotel mewah di sekitar Lembah Klang.

Tatkala tawaran berbuka puasa daripada hotel-hotel membanjiri ruang media sosial, timbul persoalan manakah yang menyajikan hidangan terbaik?

Jangan bimbang, mStar senaraikan lokasi-lokasi yang sudah ditinjau dan dijamin sedap serta berbaloi untuk seisi keluarga anda untuk berbuka puasa.

1) Citarasa Serantau, Hilton Kuala Lumpur

Seiring dengan kempen berbuka puasa Hilton Kuala Lumpur iaitu Citarasa Serantau, nikmati sajian menarik yang bertemakan hidangan ikonik Malaysia dan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Antara juadah yang menjadi perhatian adalah Laksa Goreng dengan isi kupang dari New Zealand, Udang Harimau Masak Sambal Nenas, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Pegaga, Roti John dan Burger Meleleh Marble 8.

Citarasa Serantau mula beroperasi bermula 22 Mac hingga 21 April 2023 di Vasco, Hilton Kuala Lumpur.

Bufet Ramadan ini menawarkan harga RM228 untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur 6-12 tahun adalah RM114. Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah adalah percuma.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, boleh hubungi +03 2264 2264, emel [email protected] atau lawat laman sesawang www.eatdrinkhilton.com.

2) Jom Makan Awana @ Resorts World Awana

Jika anda berada di sekitar Genting Highland, apa kata jadikan Resorts World Awana sebagai destinasi pilihan untuk berbuka puasa.

Di samping pembuka selera yang sangat lazat, anda boleh menikmati gabungan Kambing Bakar, Sup Aneka, Rendang Tok yang lazat dan bermutu tinggi serta banyak lagi!

Dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan, anda pasti akan berpuas hati dan berasa segar sepanjang malam.

Bufet berharga RM128 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak, bermula dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +603 6436 9000 atau e-mel [email protected].

3) Salt Shack Bistro @ Resorts World Langkawi

Tahun ini, tetamu Resorts World Langkawi akan dapat menikmati 'Tasty Iftar Set Dinner' yang terdiri daripada makanan tradisional Melayu seperti Ulam Kampung, Sambal Udang, Ayam Paprik, Sup Ekor dengan Kentang dan banyak lagi!

Jangan lepaskan kemuncak utama bufet iaitu stesen daging segar yang akan menyediakan hidangan mengikut keinginan selera anda sendiri!

Jadi, mari bawa keluarga anda untuk iftar terbaik bermula dari 25 Mac hingga 20 April dengan hanya RM80 untuk empat orang!

Tersedia setiap Isnin hingga Rabu, pukul 6 petang hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-556 5340 / 019-446 4511.

4) Citarasa Nipah, EQ Kuala Lumpur

Ramadan ini, chef terkemuka Muhammad Hajral Lisarni akan mempersembahkan hidangan tradisi masyarakat Melayu yang pastinya akan mengulit nostalgia ketika anda berbuka puasa.

Hidangan istimewa yang sememangnya sudah menjadi identiti Chef Hajral iaitu Nasi Beriani Kambing Batu Pahat juga akan disediakan.

Antara menu lain yang akan dihidangkan adalah Gulai Lemak Cili Padi Daging Salai, Sambal Tumis Udang Harimau, Ayam Goreng Mamu, Tulang Rawan Gulai Kawah, Kerabu Daging, dan Popia Basah Ala Nipah.

Bufet bermula dari 23 Mac hinga 21 April dari pukul 6:30 petang hingga 10:30 malam.

Bufet berharga dari RM228 untuk dewasa dan dari RM114 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi WhatsApp +60122789239, emel [email protected] atau layari laman sesawang https://www.tableapp.com/partner/nipah-eq-kuala-lumpur.

5) Citarasa Desa, Hotel Royal Kuala Lumpur

Hotel Royal Kuala Lumpur kembali dengan Bufet Ramadan untuk tahun 2023 yang bertemakan Citarasa Desa.

Sajian di sini terkenal dengan makanan yang cukup enak dan berbagai cita rasa.

Edisi sajian kali ini akan menepati cita rasa masyarakat Malaysia.

Antara menu yang menarik pada kali ini adalah aneka ikan masin seperti Ikan Sepat Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama, Telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong.

Eksekutif chef, Mohd Hafif Mohd Saleh berkata dia menggabungkan kesemua hidangan berdasarkan masakan ibunda dari seluruh rantau kampung.

Bufet bermula dari 15 Mac hinga 15 April.

Bufet berharga RM88 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi (603) 2148 6888 /2855/2813 atau emel [email protected] / [email protected]

6) Sajian Ramadan di Hujung Kampung, Hilton Petaling Jaya

Diinspirasikan dari budaya unik tanah air tercinta, Hilton Petaling Jaya mengajak pengunjung untuk merasai juadah masakan yang merupakan sebahagian dari identiti negara.

Tidak dilupakan juga hidangan dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Antara menu yang mencuri tumpuan adalah Sup Gear Box, Kambing Golek on Mandy Rice, Ayam Guling Panggang Berempah dengan Nasi Briyani, Rusuk Lembu Direneh dengan Assam Pedas, Gulai kawah Daging dengan Umbut Pisang.

Bufet bermula dari 23 Mac hingga 21 April.

Bufet berharga dari RM268 untuk dewasa dan dari RM138 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +603 7955 9122, emel [email protected] atau layari laman sesawang www.eatdrinkhilton.com.

7) Mustika Nusantara, Wyndham Acmar Klang

Ramadan kali ini, Wyndham Acmar Klang menjemput anda semua untuk menikmati hidangan yang mempunyai cita rasa dari seluruh rantau Asia Tenggara.

Makanan berbuka puasa di sini akan membawa anda pulang ke zaman kanak-kanak iaitu untuk merasai semula juadah tradisi yang disulami memori.

Antara menu yang harus dicuba adalah Daging Gulai Kawah, Tenggiri Salai Masak Lemak Pucuk Kaduk, Siput Sedut Daun Kesom, Ketam Bunga Berlado, Ayam Panggang Pantai Timur, Ayam Bakar Tebu Danok Golek.

Bufet bermula dari 23 Mac hingga 21 April dari pukul 6:30 petang hingga 10:00 malam

Bufet berharga dari RM148 untuk dewasa dan RM80 untuk warga emas 55 tahun ke atas manakala dari RM74 untuk kanak-kanak berumur 8-12 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +60333118888 atau layari laman sesawang www.wyndhamacmarklang.com

8) Citarasa Warisan, Element Kuala Lumpur

Ramadan kali ini ayuh kita mengikat semula keakraban hubungan kekeluargaan dengan berbuka puasa bersama-sama di Element Kuala Lumpur.

Barisan chef di Element Kuala Lumpur mengambil inspirasi dari resepi turun temurun untuk menyediakan juadah berbuka puasa buat anda.

Antara menu yang mendapat perhatian adalah Kerabu Warisan Malaysia, Sup Kedah Piaw, Briyani Kaki Kambing, Masak Lemak Cili Padi Claypot, Local dan Western Bakar-Bakar,

Bufet bermula dari 25 Mac hingga 20 April dari pukul 6:30 petang hingga 10:00 malam.

Bufet berharga RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +6 03 2771 3388 atau layari laman sesawang Elementkualalumpur.com.

9) 100 hidangan air tangan ibunda, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Diketuai oleh chef selebriti Muhamad Zulfikar Ali Bin Mahdi atau lebih senang disapa sebagai Chef Z, Oakwood Hotel membawakan kepada anda Nasi Kabsa berserta Kambing Lebanese Shank.

Antara menu utama yang menjadi tumpuan adalah Itik Salai Masak Cili Api, Rendang Daging, Ayam Bakar Black Pepper, Sotong Kembang Masak Petai, Ikan Masak Asam Pedas, Petola Masak Lemak, Ulam-ulaman.

Bufet Ramadan di Oakwood Hotel berharga RM118 untuk dewasa, RM88 untuk warga emas dan RM59 untuk kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 11 tahun.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 603 2720 3827 (TrEat Restaurant).

10) Sentuhan Ramadan, Hotel Tenera

Lebih daripada 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak.

Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Shell-out, Bubur Lambuk Bangi.

Manakala di kaunter pemanis mulut pula, gabungan kuih melayu tradisional seperti bahulu yang dibakar panas. Kuih serabai dan kek-kek moden turut disediakan.

Harga bufet Sentuhan Ramadan di Hotel Tenera adalah RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak, bermula dari 25 Mac hingga 19 April.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-89299600 atau WhatsApp 019-3854796 / 019-3592796.

11) Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai, Concorde Hotel Kuala Lumpur

Mahukan kelainan? Concorde Kuala Lumpur mungkin ada apa yang anda mahukan.

Gabungan masakan dari Thailand dan masyarakat Melayu akan memukai deria rasa anda, menawarkan satu pengalaman berbuka puasa yang di luar kebiasaan.

Antara juadah masakan Melayu hasil air tangan Chef Mohamad Yusoff yang akan menaikkan selera adalah Sup Gearbox, Sup Tulang Rusuk, Sup Ekor, Laksa Johor, Ayam Masak Merah, Ayam Percik Kelantan, Kambing Masak Hitam Manis.

Sementara, antara sajian Thailand dari Chef Nopporn Nutto pula adalah om Yum Gai Nam Koon (Sup Ayam Tom Yam Merah), Tom Yum Gai Nam Sai (Sup Ayam Tom Yam), Nuea Yang Nam Tok (Daging Bakar Thai Salad).

Harga bufet Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai di Hotel Concorde Kuala Lumpur adalah RM178 untuk dewasa dan 50% diskaun diberikan untuk kanak-kanak, bermula dari 23 Mac hingga 21 April.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi +6 03 2717 2233.

bufet 13

12) Santapan Serantau, InterContinental Kuala Lumpur

Barisan chef profesional di Hotel InterContinental Kuala Lumpur akan memastikan hidangan yang sampai ke meja anda semestinya bertaraf lima bintang.

Chef Eksekutif Hasrul Sehwan berkata antara menu istimewa yang wajib dirasa adalah Daging Wellington, Salmon Bakar dari Norway dan Kambing Bakar.

Harga bufet Santapan Serantau di InterContinental Kuala Lumpur bermula dari RM258 untuk dewasa dan bermula dari RM155 untuk kanak-kanak.

Mula beroperasi dari 23 Mac hingga 21 April dari pukul 6:30 petang hingga 10:00 malam.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, boleh hubungi +601 6202 4623 atau emel [email protected]

Pilihan hotel ini pastinya tidak akan mengecewakan dan menjanjikan selera anda dipenuhi ketika berbuka puasa.

Kepada seluruh umat Islam, selamat berpuasa dan semoga Ramadan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain