TEPAT pukul 6.30 petang, kelihatan sekumpulan kanak-kanak dan remaja berpakaian sedondon rona hijau memasuki Kay's Steak & Lobster yang terletak di Liberty Arc, Ampang. Mereka ternyata teruja dan riang saat melangkah masuk ke dalam restoran yang dihiasi dekorasi indah. Malah disambut sendiri oleh Pengarah Urusan Kay's Steak & Lobster, Aizuddin Khalid. Mereka merupakan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras yang diundang dan diraikan untuk berbuka puasa dalam majlis yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh restoran stik terkenal berkenaan. "Sebenarnya sudah lama kami ingin anjurkan majlis bersama anak yatim namun dengan kekangan Covid-19 dan sebagainya, baru tahun ini diizinkan Allah untuk melaksanakannya. Layanan ibarat tetamu VIP untuk anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera. "Memandangkan ini event pertama kali buat kami, semestinya kami sangat teruja. "Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. Saya minta pihak restoran sediakan lebih awal bahan untuk hidangan istimewa iaitu lobster thermidor dan tomahawk, dan pastikan kedua-duanya ada stok," ujar Aizuddin. ARTIKEL BERKAITAN: Pening nak pilih lokasi berbuka puasa? Ini senarai bufet Ramadan 2023 termasuk harga Lobster thermidor dan tomahawk merupakan dua hidangan signatur bertaraf bintang daripada 30 menu utama yang disajikan di Kay's Steak & Lobster. "Lobster thermidor sememangnya hidangan yang popular. Ia adalah resipi dari Perancis dan menggunakan wine, namun cef kami melakukan research & development (R&D) untuk mencari 'substitute' yang sesuai untuk diolah mengikut citarasa Malaysia. "Keistimewaan kami menggunakan bahan perapan tersendiri, dimasak dalam ketuhar 'special' bagi memastikan ia kekal 'juicy' dan rasa perapannya," ujarnya. Terpancar kegembiraan di wajah penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera yang diraikan di Kay's Steak & Lobster, baru-baru ini. Selain itu tambah Aizuddin, rata-rata pelanggan di restoran tersebut gemar memilih untuk menikmati daging tomahawk dan daging wagyu. Selepas berbuka puasa dengan kurma dan kuih muih, para tetamu majlis menunaikan solat Maghrib berjemaah dengan diimamkan oleh salah seorang daripada anak yatim ini sendiri. Ketika tetamu sudah siap duduk di meja untuk bersantap, semua mata tertumpu tatkala kru restoran keluar membawa hidangan Nasi Mandy Tomahawk dan Lobster untuk dihidangkan. Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. AIZUDDIN KHALID PENGARAH URUSAN KAY'S STEAK & LOBSTER Terbuntang mata sambil bibir masing-masing mengukir senyuman lebar apabila melihat saiz lobster yang memenuhi pinggan. Tidak lama kemudian, cef pula keluar mempersembahkan daging tomahawk malah siap memotong daging premium itu di hadapan anak-anak yatim. Hirisan daging lembut yang diperap dengan perapan istimewa, dipadankan pula dengan empat sos istimewa, benar-benar membuatkan semuanya begitu asyik menikmati hidangan yang disajikan. Terpancar kegembiraan di wajah anak-anak yatim ini apabila mereka dilayan bak tetamu VIP bukan hanya oleh pihak restoran, tetapi juga penyanyi, Adira Suhaimi yang meluangkan masa menyantuni penghuni rumah kebajikan berkenaan. Hidangan Ramadan Platter bersempena bulan Ramadan. Mengenai Kay's Steak & Lobster, restoran ini mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, dan kini mempunyai dua cawangan lain iaitu di Liberty Arc, Ampang yang dibuka pada 2021 dan di IOI Conezion, Putrajaya yang mula diperkenalkan kepada orang ramai sejak Jun 2022. Bersempena bulan Ramadan, restoran ini menyajikan hot item, iaitu Ramadan Platter yang mengandungi ayam percik, daging gril Danok dan daging kambing yang diperap dengan rempah Mediterranean istimewa, untuk dinikmati dengan nasi. Apa yang menariknya, bagi setiap pesanan kedua, pelanggan dapat menikmati diskaun 50 peratus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube