suria

Wow... bufet Ramadan RM25 di Kuala Lumpur, boleh belanja satu famili! Hampir 40 sajian kampung sedia untuk dinikmati

Cef Zainal mengetengahkan sajian Melayu sempena Bufet Ramadan di Restoran Tanjung Puteri.

BAYANGKAN keenakan asam pedas atau masak lemak pucuk ubi yang dimakan bersama ikan goreng dan sambal belacan padu ketika berbuka puasa.

Ditambah pula dengan aneka kerabu, ulam-ulaman serta kuih muih tradisional sebagai pelengkap hidangan.

Fuhhh, tidak tergambar nikmatnya seolah-olah merasai air tangan masakan ibu sendiri di kampung!

Itulah keistimewaan Restoran Tanjung Puteri milik Cef Zainal Abd Rahman yang terletak di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur ini.

Restoran yang sudah bertapak sejak 1998 ini mengetengahkan sajian tradisional Melayu Johor hasil air tangan Cef Zainal sendiri yang berpengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang kulinari.

cef 3

Antara lauk pauk kampung yang bisa membuatkan pengunjung terliur.

Apa yang menariknya, sempena bulan puasa pelanggan dapat menikmati bufet Ramadan di restoran ini dengan harga RM25 sahaja untuk seorang dewasa!

"Sebenarnya Restoran Tanjung Puteri dah mulakan bufet Ramadan sejak tujuh tahun lalu dengan harga serendah RM20 untuk seorang dewasa. Seiring dengan situasi semasa, harga pada tahun ini dinaikkan sedikit kepada RM25 untuk seorang dewasa, manakala RM15 untuk kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak yatim diberi layanan VIP, ‘big boss’ restoran awal-awal ingatkan staf ‘wajib’ hidang wagyu tomahawk dan lobster thermidor!

ARTIKEL BERKAITAN: Pening nak pilih lokasi berbuka puasa? Ini senarai bufet Ramadan 2023 termasuk harga

"Dalam setahun beroperasi, kita kumpul keuntungan untuk buat modal menyediakan hidangan bufet bagi satu bulan saja iaitu Ramadan. Kita tetapkan harga yang rendah kerana mahu semua orang dapat merasa.

"Kalau nak pergi berbuka di hotel, sekepala dah berapa kosnya. Mungkin agak terhad kos nak bawa famili. Jadi di sini, konsep kita, biar semua dapat merasa berbuka puasa di luar lebih-lebih lagi yang nak bawa famili.

cef 2

Cucur dengan kuah kacang turut menjadi antara pilihan pengunjung.

"Pendek kata, bayar rendah tapi yang penting berbaloi. Yang rindu dengan masakan kampung bolehlah ke sini," ujar cef berusia 62 tahun ini lagi.

Menurut Cef Zainal, sebanyak 30 hingga 40 jenis lauk disajikan setiap hari untuk Bufet Ramadan.

"Nasi berlauk memang wajib. Antara lauk kampung yang kita sajikan adalah masak lemak pucuk ubi, asam pedas, masak lemak pisang, kerabu, ulam-ulaman dan sebagainya. Masakan asas ikan, daging, ayam dan sayur mesti ada setiap hari.

Kita tetapkan harga yang rendah kerana mahu semua orang dapat merasa.

CEF ZAINAL ABD RAHMAN

"Menunya juga akan berubah setiap hari. Contohnya hari ini asam pedas ikan, esoknya asam pedas daging pula. Tapi paling penting, hidangan signatur iaitu laksa Johor akan ada setiap hari. Ia adalah resipi turun temurun daripada nenek saya.

"Selain itu, setiap hari juga kita ada bubur lambuk. Hidangan sampingan seperti mi, kuey tiow dan bihun juga akan bertukar setiap hari," ujar cef kelahiran Johor Bahru, Johor ini lagi.

cef 5

Hidangan signatur, laksa Johor air tangan Cef Zainal sendiri.

Sambil menikmati hidangan, pengunjung juga pasti akan terpesona dengan dekorasi ala tahun 50an serta terbuai-buai dengan putaran lagu-lagu lama yang menaikkan lagi 'feel' seperti berada di kampung sebenar.

Oh ya, restoran ini juga menyediakan kemudahan surau untuk pengunjung menunaikan solat seusai berbuka puasa.

Ruangan khas yang lebih besar turut disediakan untuk pengunjung lelaki menunaikan solat yang boleh memuatkan sekitar 20 orang pada satu-satu masa.

cef 4

Restoran Tanjung Puteri menawarkan harga yang rendah untuk Bufet Ramadan.

Untuk makluman, Bufet Ramadan ditawarkan sehingga 20 April.

Bagi mereka yang merindui air tangan ibu di kampung, apa tunggu lagi? Ayuh bawa keluarga beramai-ramai berbuka puasa di Restoran Tanjung Puteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain