SEBUT sahaja pasal diet, pasti anda mengimpikan hidangan yang mudah disediakan dan menepati segala nutrisi yang diperlukan tubuh. Mana tidaknya, nak diet pun perlu fikir tentang kesihatan dan paling penting dapat bawa bekal ke tempat kerja untuk elak berlakunya 'cheat day' setiap hari. Tapi kalau tak sempat nak sediakan 'bekal diet', anda boleh dapatkan sosej buatan sendiri dari Sloopyan. Kelembutan daging yang disaluti keju dan sos buatan sendiri pastinya membuat anda terpukau seperti tagline mereka 'come hungry, leave happy'. Burger juga dihasilkan daripada patty dan sos buatan sendiri. Untuk pengetahuan anda, pengasasnya iaitu Sofyan Darmadi Badarudin sendiri berjaya menurunkan berat badan daripada 113kg kepada 74kg hanya dengan inovasi sosej buatannya itu. "Idea bermula ketika saya dalam proses diet untuk turunkan berat badan dulu. Masa tu asyik mencari menu-menu sihat tanpa karbohidrat... jadi saya buat sosej tanpa bahan-bahan pengawet dan lain-lain. "Seni buatan sosej menggunakan teknik 'bretwurst' yang berasal dari Jerman," ujar anak muda berusia 37 tahun itu kepada mStar. Sosej yang dihasilkan mengunakan 100 peratus daging dengan campuran pelbagai jenis herba. Sofyan Darmadi memulakan Sloopyan pada 2022. Paling penting, produk keluarannya dihasilkan tanpa bahan perasa tambahan seperti MSG (garam monosodium glutamate) ya! Pembalutnya pula dibuat daripada bahan asas tumbuhan. Tambah Sofyan Darmadi, perniagaan yang dimulakan pada 2022 itu pernah berdepan dengan pelbagai kesukaran. Bagaimanapun, baginya, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan merupakan pengalaman berharga dalam diri. Anda yang ingin merasai sendiri keenakan sosej dan daging pejal bersama sos berapi Sloopyan ini, boleh ke mana-mana cawangannya (Manjoi, Padang Polo, St18 dan Damansara Perdana) atau terus ke ibu pejabat di Ipoh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube