SEJAK kebelakangan ini, makin ramai yang berkongsikan video berkaitan kutu laut atau lebih dikenali sebagai yat yat dan ibu remis. Ada yang berkongsikan cara untuk mencari sehinggalah memprosesnya menjadikan kudapan petang. Bagaimanapun, bentuk haiwan kecil ini membuatkan ramai yang berasa geli untuk menikmatinya selain menyamakannya dengan lipas. Jika anda ingin mencuba, bolehlah buat yat yat goreng kunyit seperti perkongsian Jol Zerol ini. Kerangupannya pasti membuatkan anda tidak berhenti mengunyah. Yat yat boleh dijumpai di beberapa kawasan pantai di Perak. -Gambar Kinemaster Cara-cara penyediaan 1. Disebabkan yat yat merupakan hidupan laut, anda tidak perlu meletakkan garam. Terlebih masin pula nanti. 2. Gaulkan dengan serbuk kunyit supaya warnanya lebih kekuningan. Yat yat ni berwarna putih, kalau tanpa kunyit mungkin sedikit pelik nanti. 3. Kemudian, gaulkan dengan tepung jagung supaya mendapat tekstur rangup. Guna tepung Bestari yang berperisa pedas lagi terangkat tau! 4. Potong bawang holland berbentuk bulat. 5. Selepas minyak panas, anda boleh terus masukkan yat yat dan goreng sehingga keperangan. Siap! 6. Anda juga boleh hasilkan masakan berkuah atau makan dengan sos dicampur mayonis. Bagi yang belum pernah menikmatinya, rasa yat yat ini hampir seperti udang dan ketam. Anda yang berada di sekitar Teluk Senangin, Perak atau Pantai Segari dan Teluk Batik, bolehlah mencari yat yat dan makan segar. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube