suria

Harga sambal garing mahal, tak semua mampu beli! Buat sendiri je, teknik kena betul baru tahan lama

Ada cara mudah boleh dilakukan untuk menghasilkan sambal goreng garing yang sedap dan tahan lama.

SAMBAL bilis yang digoreng garing boleh dikatakan menjadi makanan 'wajib' ada di setiap rumah memandangkan menu ini ringkas dan membangkit selera.

Maka tidak hairanlah sambal garing segera dan 'ready to eat' ini mudah diperolehi sama ada di kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya dan kedai-kedai makan.

Sambal goreng juga merupakan lauk paling senang dihidangkan apabila digandingkan dengan nasi panas dan telur goreng.

Tetapi harus diakui bahawa bagi sesetengah orang harga sambal goreng ini dianggap mahal, dengan peniaga memberikan alasan kos bahan mentah semakin meningkat.

Jangan risau! Pengguna Facebook, Mazlinda Zakaria berkongsi resipi kegemaran ramai ini menerusi halaman Masak Apa Hari Ni.

Cili kering dan ikan bilis perlu ada dalam penyediaan sambal goreng garing.

Bahan-bahan:

1. 30 tangkai cili kering

2. 7 ulas bawang putih

3. Minyak masak

4. Ikan bilis (tiada sukatan)

5. 1 sudu gula pasir

6. 1/2 sudu garam

Cara-cara:

1. Kisar cili kering bersama bawang putih

2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing (ketepikan)

3. Tumis bahan kisar menggunakan minyak yang digunakan untuk mengoreng ikan bilis tadi.

4. Masukkan gula dan kacau rata.

5. Masukkan garam selepas cili sudah mula kelihatan garing.

Sambal ini boleh tahan selama sebulan.

6. Sebelum matikan api dapur, besarkan api dan kacau sehingga cili betul-betul garing.

7. Tutup api dan sejukkan sambal.

8. Gaul ikan bilis bersama sambal dan tapis untuk sejatkan minyak.

Menurut Mazlina, perlu diberi lebih perhatian ketika menggoreng cili sehingga garing untuk mendapatkan hasil yang baik.

Bukan itu sahaja, sambal yang digoreng garing akan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak sehingga satu bulan sekiranya disimpan di tempat yang betul.

Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain