suria

Ramai makin tiada ‘mood’ nak bangun bersahur... Jom buat telur masin sendiri, pembuka selera hujung Ramadan

Telur masin boleh dihidangkan bersama nasi panas untuk membangkitkan selera ketika bersahur.

MENJELANG penghujung Ramadan, ada dalam kalangan kita yang sudah malas untuk bangun bersahur.

Malah, golongan ibu-ibu juga mula ketandusan idea untuk menghasilkan menu sahur yang menarik untuk keluarga.

Bagi membangkitkan selera ketika bersahur, apa kata cuba telur masin yang dihidangkan bersama nasi panas?

Biasanya telur masin disajikan bersama nasi kerabu, namun ia juga enak dinikmati bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.

telur masin 1

Telur masin juga sering dihidangkan bersama nasi kerabu dan lauk-pauk lain. -Gambar hiasan

Menurut perkongsian Cef Sumire, telur masin homemade boleh juga dibuat menggunakan telur ayam.

Bahan-bahan

Telur ayam 30 biji saiz besar

Garam 700 gram

Air secukupnya

Balang kaca

Plastik hitam

Cara-cara

1. Panaskan air dalam dua liter, larutkan garam. Kemudian tutup api. Sejukkan.

2. Susun telur ayam dalam balang kaca. Kemudian tuangkan air garam sampai telur tenggelam.

3. Tutup balang dan ikat dengan plastik hitam. Letak di tempat gelap, biarkan dua minggu. Kalau nak lagi masin biarkan tiga hingga empat minggu.

4. Selepas dua minggu, keluarkan daripada balang, cuci dan lap bersih.

5. Simpan dalam bekas, letak dalam peti sejuk. Boleh tahan berbulan-bulan sebab dah awet dengan garam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain