suria

Wanita kongsi cara ibu masak rendang daging ‘Minang style’, tak guna kerisik dan minyak tapi tetap enak!

Rendang yang dimasak tidak menggunakan minyak. -Foto kanan (Facebook)

TENTUNYA tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa hidangan rendang dan ketupat.

Rendang dan ketupat boleh dikatakan menjadi 'penghulu' hidangan dan wajib ada di pagi Syawal.

Terdapat pelbagai jenis rendang yang cukup sedap dinikmati dan salah satunya adalah Daging Minang Ori yang popular di Indonesia.

Berbeza dengan kebanyakan rendang di negara ini, masakan ini begitu istimewa kerana tidak menggunakan kerisik dalam proses penyediaannya.

Ayu Susanti yang sudah lama menetap di Malaysia berkongsi resipi asli juadah ini yang diperoleh daripada ibunya yang berketurunan Minang.

Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap dengan hidangan rendang.

Malah, rendang ini juga lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak masak untuk menyediakannya.

Bahan-bahan perlu disediakan adalah seperti berikut:

Bahan kisar

1. Bawang merah

2. Bawang putih

3. Cili kering pedas

4. Halia

5. Lengkuas

Bahan masakan lain

1. Daun kunyit

2. Serai

3. Daun limau purut

4. Daun salam

5. Santan

6. Daging

Rendang biasanya dimakan bersama ketupat, lemang atau nasi impit.

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali dan masukkan daging bersama bahan kisar tanpa perlu ditumis menggunakan minyak masak.

2. Masukkan daun limau, daun kunyit, daun salam dan serai.

3. Biarkan sehingga mendidih barulah masukkan santan, garam dan penambah perasa.

Nisbah bagi penggunaan santan adalah bergantung kepada kuantiti daging iaitu satu kilogram daging bersamaan satu kilogram santan.

Malah, kata Ayu, kebiasaannya rendangnya ini akan habis licin dimakan oleh anak dan menantu sebelum masuk waktu tengah hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain