suria

Lelaki rajin ‘mengira’, dapat buat kesimpulan nasi impit lebih baik dipotong menyerong

Cara potongan nasi impit mempengaruhi kadar kuah apabila dicicah. -Foto TikTok

MUSIM perayaan sememangnya meriah kerana kita dapat menikmati pelbagai juadah seperti lontong, rendang, nasi impit dan ketupat palas.

Namun siapa sangka ada individu yang 'rajin' membuat kiraan tentang potongan nasi impit.

Menurut Anwar Farid dalam perkongsiannya di X, adalah lebih baik jika nasi impit dipotong secara serong berbanding tegak seperti kebiasaan.

Anwar menunjukkan pengiraan dibuat.

Hasil pengiraan tersebut, dia mendapati nasi impit berbentuk serong akan menghasilkan luas permukaan yang lebih besar.

Apabila dipotong secara menyerong, ia sekali gus membolehkan lebih banyak kuah kacang atau rendang dicicah.

Berdasarkan kiraan yang dibuat, luas permukaan nasi impit menegak berukuran 15 sentimeter persegi (cm²) sahaja.

Dua jenis potongan nasi impit secara serong (kiri) dan tegak (kanan).

Tetapi sekiranya dipotong secara menyerong atau senget, luas bagi permukaan nasi impit yang sama adalah 30cm².

Bukan itu sahaja, membuka plastik nasi impit lebih mudah sekiranya dipotong secara menyerong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain