CUCUR udang atau cekodok sudah menjadi makanan biasa dihidang pada waktu petang. Apa kata anda mencari kelainan dengan membuat cucur bantal pula. Makanan yang garing di luar dan berongga di dalamnya ini memang enak dimakan bersama seisi keluarga di rumah. Malah, ia sangat sesuai dibuat pada waktu petang sekiranya anda masih mempunyai lebihan masakan tengah hari seperti kari ayam atau sambal sardin yang boleh dijadikan kuah pencicah. Resipi tersebut dikongsikan oleh seorang wanita bernama Mariana Zainal menerusi halaman Facebooknya. Bahan-bahan: 1. 2 1/2 cawan tepung gandum (300 gram) 2. 2 sudu besar mrajerin (30 gram) 3. 2 sudu besar gula pasir (40 gram) 4. 1 sudu besar yis kering Mauripan 5. 1 sudu kecil soda bikarbonat 6. 2 cubit garam 7. 1 cawan air suam Cucur bantal lebih sedap jika dicicah dengan kari ayam atau sambal sardin. Cara-cara: 1. Dalam satu besen, satukan yis kering, gula, garam dan air suam lalu dikacau sehingga larut. 2. Masukkan tepung, soda bikarbonat, marjerin dan garam lalu uli sebati selama lapan hingga 10 minit. 3. Peram adunan selama satu jam 30 minit dalam bekas yang bertutup. 4. Tumbuk-tumbukkan adunan untuk buang angin dalam doh dan uli. 5. Tabur tepung dan letakkan doh kemudian gelek adunan sehingga menjadi bentuk leper tetapi tidak terlalu nipis. 6.Tabur tepung buat kali kedua dan kemudiannya potong adunan menjadi segi empat tepat dengan ukuran tidak terlalu kecil atau besar. 7. Rehatkan selama 10 minit dan boleh digoreng dalam minyak yang panas menggunakan api sederhana. 8. Cucur bantal boleh ditoskan setelah bertukar warna perang dan garing. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube