suria

Jemu makan ikan goreng biasa, cuba buat stok pes ini... Lumur je apabila nak masak, sedap!

Ikan goreng yang dimasak menggunakan ramuan tradisi ini lebih sedap dan menyelerakan.

KEHIDUPAN seharian yang sibuk di samping kesesakan lalu lintas sering membataskan golongan bekerjaya mendapatkan hidangan yang lazat dan sihat.

Menikmati sajian di luar pula akan menambahkan kos perbelanjaan bulanan.

Anda yang ingin berjimat dan menikmati makanan lazat di rumah setiap hari bolehlah mencuba resipi ikan goreng ini.

Meskipun mudah dan ringkas, ramuan tradisi yang diadun bersama dapat membuka selera sesiapa sahaja.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup

5 sudu besar cili kisar

3 sudu besar garam halus

Belacan sedikit (jika suka)

Cara-cara:

1. Ambil lesung dn tumbuk kunyit hidup bersama belacan dan garam sehingga hancur.

2. Kemudian tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pastikan jangan terlalu lumat.

3. Masukkan pula cili kisar dan gaul rata.

4. Simpan di dalam bekas tertutup dan letakkan dalam peti ais supaya tahan lama.

5. Apabila ingin digunakan, lumur ramuan sehingga rata pada ikan dan perap seketika sebelum digoreng.

Paling menarik, minyak gorengan tadi pun sedap untuk dibuat nasi goreng atau masakan sayur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain