JIKA ikan pekasam terkenal dalam kalangan masyarakat di utara, orang pantai timur khususnya Kelantan pula popular dengan menu ikan bekok (bengkak). Sejak kebelakangan ini, ikan bekok menjadi sebutan dan 'buruan' ramai yang teringin untuk menikmati sajian warisan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Ikan bekok merupakan ikan yang diproses menggunakan garam kemudian dijemur separa kering. ARTIKEL BERKAITAN: Ayam pun menu wajib masa raya... Cuba teknik tukang masak ini, hasilnya garing di luar tapi isi ‘juicy’ Sama seperti ikan kering dan ikan pekasam, ikan bekok juga dijadikan sebagai pembuka selera dan sangat 'asyik' apabila dimakan bersama nasi panas. Silap-silap licin tiga pinggan nasi! Disebabkan ramai yang memperkatakan mengenai ikan bekok, kali ini mStar kongsikan cara pembuatannya sebagaimana perkongsian seorang pengguna Facebook, Sufi Allysha. Menurut Sufi Allysha, kebiasaannya orang Kelantan menggunakan ikan gelama atau cencaru namun untuk resipi yang dikongsikannya, dia menggunakan ikan siakap. Walau bagaimanapun tambahnya, jenis ikan yang mahu digunakan terpulang kepada cita rasa masing-masing. Bahan-bahan: Ikan siakap Limau nipis (untuk hilangkan hanyir ikan) Garam kasar Cuka Cara-caranya: 1. Siang ikan dan belah pada bahagian belakang, tapi jangan sampai putus. 2. Cuci ikan bersih-bersih. Ikan bekok direndam dalam air bersama perahan limau nipis. -Gambar FB Sufi Allysha 3. Rendamkan dengan perahan limau nipis dalam 30 minit, kemudian tos airnya. 4. Masukkan dalam bekas besar, kemudian lumurkan garam kasar. Tapi jangan terlalu banyak, bimbang terlebih masin. 5. Tuangkan sedikit cuka dan biarkan sekata. 6. Masukkan dalam bekas yang kering dan tertutup. Ikan bekok yang sudah siap diperap dengan garam boleh disimpan di dalam peti sejuk. -Gambar FB Sufi Allysha 7. Biarkan dalam suhu bilik selama satu atau dua hari atau boleh jemur di bawah matahari selama dua atau tiga jam. 8. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Apabila mahu menggoreng, sila cuci terlebih dahulu. Mudah bukan? Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube