suria

Sekali sekala bagi ‘cuti memasak’, bawa pasangan nikmati buffet hujung minggu... Paling penting harga berpatutan!

Cef terulung menyediakan hidangan di Melting Pot Café.

SEHARIAN meronda di ibu negara, Kuala Lumpur sambil menyaksikan bangunan pencakar langit boleh membuatkan perut berkeroncong.

Tambahan pula dengan matahari terik di atas kepala, di manakah tempat yang sesuai untuk singgah sebentar bagi memuaskan selera?

Ayuh lengkapkan hujung minggu anda dengan menikmati bufet hi-tea di Hotel Concorde Kuala Lumpur hasil sentuhan eksklusif Cef Adriano Teng bersama barisan tukang masak lain yang berkaliber.

Suasana kasual di Melting Pot Café pastinya menjadikan masa berkualiti anda bersama keluarga dan rakan-rakan lebih bermakna.

Antara sajian meliurkan yang menanti anda adalah nasi ayam hainan, rendang daging, sate dan rojak buah.

Seterusnya di sudut ‘Goreng-Goreng’ juga ada disediakan cucur sayur, cucur jagung, cekodok pisang, samosa dan pisang goreng.

Sajian makanan berkelas lima bintang di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Seiring dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, tidak dilupakan kombinasi masakan Melayu, Cina dan India iaitu sup soto ayam, ikan tiga rasa, ayam goreng berempah, rendang daging, bihun goreng Hokkien, ayam tandoori serta idli bersama chutney.

Jika mahukan kelainan, anda boleh mencuba cita rasa Mexico iaitu beef chili con carne dan nachos, shawarma ayam, gyoza, pizza, the smashed burger, chicken mushroom ragout, sandwic Jepun yang dipanggil sando sandwich.

Menjengah ke stesen Teppan BBQ, anda akan dipersembahkan dengan stik dan ikan bakar yang dimasak ala minute oleh cef, anda hanya perlu memilih daging, ikan dan makanan laut segar yang lain untuk dimasak.

Pelbagai jenis roti dan bun turut boleh dinikmati bersama sup-sup pilihan selain salad ala Thai seperti Som Tam (kerabu betik) yang turut tersedia untuk anda.

Sambil menyelami aneka masakan yang enak, anda juga akan dihiburkan oleh nyanyian 'live' daripada kumpulan Begema 5.

Untuk makluman, bufet hi-tea Hotel Concorde Kuala Lumpur bermula dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4 petang, setiap hari Sabtu dan Ahad.

Harga promosi adalah daripada serendah RM91.80 untuk seorang dewasa, manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun akan dikenakan bayaran berpatutan RM54.

Bufet makan malam

Hari indah tidah sah tanpa makan malam hebat sebagai penutup tirai.

Bufet makan malam di Hotel Concorde Kuala Lumpur dibahagikan kepada beberapa stesen seperti pembuka selera berkonsepkan makanan Jepun, salad-salad segar, sup, smoked dan cold cuts, dim sum serta hidangan panas.

Paling mencuri tumpuan adalah makanan Barat iaitu barbeku makanan laut serta pelbagai juadah masakan Melayu dan Cina.

Antara sorotan utama sudah tentunya seafood on ice yang dikendalikan oleh cef dari restoran terbaharu Hotel Concorde iaitu Kazuma Japanese Restaurant.

Menu istimewanya terdiri daripada shucked oysters, tiger prawn dan mussels, Teppan BBQ dengan sajian ala minute, sashimi Jepun dan maki rolls yang disediakan untuk orang ramai ketika bufet makan malam berlangsung

Lebih menarik apabila hidangan kebanggaan Hotel Concorde iaitu chicken pie, Hainanese chicken rice, rendang tok dan kari kepala ikan dihidangkan kepada anda, semestinya wajib dicuba!

Hidangan premium seafood on ice. -Foto Star Media Group

Bahagian makanan Barat juga cukup meriah dengan roasted lamb bersama golden salmon filo pastry, penne seafood aglio olio, pan-fried lamb shoulder, mini chicken chop.

Makan malam anda diserikan lagi dengan masakan Thai seperti tom yam coconut chicken sup, Thai crabmeat rice dan seafood green curry, Thai crispy fish served with mango salad dan cashew nuts serta massaman beef curry.

Pemanis mulut pula terdiri chocolate éclair, mixed fruit pavlova, ivory raspberry, Portuguese egg tart, matcha burnt cheese cake, deluxe cheese cake, carrot cake, pengat pisang, bubur kacang serta seleksi kuih-muih Nyonya.

Untuk makluman, bufet makan malam Hotel Concorde bermula daripada pukul 6.30 petang hingga 10 malam, setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Harga promosi adalah daripada serendah RM142.80 untuk seorang dewasa, manakala kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun akan dikenakan bayaran berpatutan RM84.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi Hotel Concorde Kuala Lumpur di talian 03-2717 2233.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain