suria

Roti canai ‘frozen’ boleh jadi gebu, sedap macam di kedai mamak...Tapi kena ikut ‘trick’ ini

Roti canai sejuk beku boleh menjadi lazat jika betul cara memasaknya.

BAGI mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguli roti canai sendiri, ada dijual versi segera di pasaran.

Roti canai sejuk beku ini hanya perlu dipanaskan dalam tempoh singkat dan ia boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Namun satu kekurangannya adalah roti canai ini acap kali terasa keras dan tidak lembut atau gebu seperti yang biasa dimakan di kedai.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh seorang penguli roti canai dikenali sebagai Abang Terbang, ada dikongsikan kesilapan yang sering dilakukan orang ramai ketika memanaskan roti canai segera.

Menurut Abang Terbang yang berpengalaman hampir 20 tahun, roti canai yang baru dikeluarkan dari peti ais tidak sepatutnya digoreng terus.

Ayuh kita lihat dengan lebih lanjut kupasannya!

Roti canai sejuk beku direndam sebentar di dalam air biasa.

"Cara yang sebetulnya adalah kita kena rendam atau celupkan roti canai frozen ini di dalam air terlebih dahulu. Kemudian baru digoreng atas kuali tanpa meletakkan minyak.

"Selepas seketika baru kita boleh masukkan minyak sikit. Kalau tak ikut cara ni dan kita terus goreng dalam minyak, nanti roti canai jadi tak lembut dan garing macam biskut.

"Itu yang tak best tu, tak lembut macam di kedai," jelas Abang Terbang.

Maklum balas netizen

"Betul, cara ni roti canai akan jadi lebih lembut berbanding kalau terus campak atas kuali.

"Selalu bekalkan roti canai untuk anak pergi sekolah, dulu mereka asyik mengadu roti canai keras, tak sedap macam di kedai mamak.

"Dah cuba cara ni baru mereka semangat balik nak makan roti canai air tangan saya," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain