suria

Baru sedap nak makan... Rupanya kena renjis 1 bahan ini sebelum goreng ikan bilis, pasti rangup!

Ikan bilis digunakan secara meluas dalam masakan di Malaysia.

IKAN bilis digunakan secara meluas dalam masakan di negara ini.

Selain sambal ikan bilis petai, ia juga sering digoreng untuk menjadi pelengkap kepada hidangan nasi lemak dan bubur.

Namun, ramai yang mengadu apabila ikan bilis goreng mereka tidak rangup dan mudah layu, sekali gus kurang enak untuk dinikmati.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Elly Adira Amira, terdapat dua cara yang boleh dilakukan untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis goreng.

1. Asam keping

Ikan bilis yang digoreng dengan asam keping akan menjadi lebih rangup.

Ian Lau’s “Ayam Panyet” recipe for Kuali Online. — YAP CHEE HONG/The Star

Ikan bilis goreng yang rangup memberi tekstur berbeza dalam hidangan anda.

Ketika digoreng, letakkan dalam dua ke tiga keping asam keping.

Setakat ini, ramai yang sudah cuba dan mengakui petua berkenaan memang berkesan.

2. Cuka

Selain asam keping, anda juga boleh menggunakan cuka untuk merangupkan lagi ikan bilis goreng.

Caranya basuhkan bilis, toskan dan renjis dengan cuka makan sambil dirata-ratakan.

Kemudian gorenglah seperti biasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain