suria

Kawan India baik hati, kongsi resipi kuah dhal sedap... Wanita tak sangka rupanya senang sangat nak buat

Kuah dhal merupakan salah satu menu yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

KUAH dhal bukan sahaja digemari oleh orang India, malah ia juga sering dinikmati oleh semua kaum di negara ini.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Masyitah Shaariff turut berkongsi cara untuk memasak kuah dhal.

Yang menariknya, Masyitah berkata sajian ringkas popular itu dipelajari daripada seorang rakan berbangsa India, pada tahun 2011.

"Dulu masa saya jadi pelajar praktikal, pernah duduk serumah dengan kawan berbangsa India. Dia ajar saya buat kuah dhal.

"Sampai sekarang saya simpan resipi ini. Hari ini buat sebab suami nak rasa. Alhamdulillah, menjadi juga," ujar wanita itu.

Bahan-bahan

1. Kacang dhal

2. Bawang putih

3. Garam

4. Serbuk cili

5. Santan

Pilih sayur kegemaran anda seperti kentang, lobak merah, kacang panjang dan sebagainya

Untuk tumis darat, anda perlukan halba campur, daun kari dan cili kering

dhal 2

Kuah dhal sesuai disajikan untuk seisi keluarga. -Gambar hiasan

Cara penyediaan

1. Rendam kacang dhal semalaman.

2. Cuci dan tukar air. Kemudian rebus kacang dhal, masukkan seulas dua bawang putih.

3. Selepas 10 ke 15 minit, masukkan serbuk cili sesudu kecil. Kemudian masukkan sedikit garam dan santan.

4. Apabila kacang separa kembang, masukkan kentang dan lobak merah serta kentang, biarkan ia lembut.

5. Masak sampai kuah pekat dan kacang kembang sepenuh nya, perasakan secukupnya.

6. Untuk tumis darat, masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan daun kari, cili kering dan halba campur.

7. Kemudian masukkan ke dalam kuah kacang dhal. Kacau dan tambah garam rasa masin belum mencukupi.

8. Satu petua penting, rendam dahulu kacang pada waktu malam sebelum memasak kuah dhal esoknya untuk memastikan ia cepat lembut dan mudah kembang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain