suria

Anak suka makanan terproses, bapa tak toleransi! Kongsi cara mudah buat sosej sendiri, semua mak ayah boleh cuba

Sosej merupakan makanan yang digemari kanak-kanak. -Gambar hiasan

MAKANAN terproses seperti sosej, daging burger dan lain-lain mempunyai bahaya tersembunyi kerana mengandungi garam, lemak tepu dan pengawet yang tinggi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), makanan-makanan ini boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dan menaikkan risiko obesiti serta penyakit kronik.

Antara lain, makanan terproses juga membawa risiko kanser usus, menyebabkan segelintir ibu bapa mula cakna tentang aspek pemakanan sihat untuk anak-anak.

Di TikTok, seorang individu dikenali sebagai Daddy Awwabins berkongsi cara-cara untuk menghasilkan sosej buat anak-anaknya.

sosej 1

Seorang pelayar TikTok berkongsi cara menghasilkan sendiri sosej.

Sosej buatan sendiri ini kelihatan lebih sihat berbanding jenis sejuk beku yang dijual di pasaran,

Sosej itu dibuat menggunakan enam bahan yang dikisar bersama iaitu:

1. Nasi

2. Kentang

3. Keju (mozzarella atau parmesan)

4. Telur

5. Tepung jagung

6. Isi ayam

Menurut pemilik TikTok itu, resipi yang dikongsi tidak memerlukan garam kerana keju sudah memadai untuk memberi rasa masin.

Malah, tiada sukatan yang ditetapkan, sebaliknya ia boleh dibuat mengikut selera masing-masing.

1

Makanan terproses tidak bagus untuk kesihatan.

Selepas dikisar, campuran itu perlu diletakkan di dalam bekas acuan untuk mendapatkan bentuk seperti sosej.

Selepas itu, anda boleh mengukus sosej berkenaan.

Kemudiannya, ia boleh digoreng seperti biasa.

Jika tak mahu rebus, sosej itu juga boleh dimasak menggunakan penggoreng udara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain