KETAM merupakan antara makanan laut yang agak mahal dan tidak semua individu mampu untuk menikmatinya. Sebagai alternatif, anda boleh membeli crabstick yang dijual di pasaran pada harga kurang RM10. Meskipun rasanya berbeza dengan daging ketam sebenar, namun ia tetap enak untuk dimakan bersama keluarga. Di TikTok, seorang individu turut berkongsi resepi mudah untuk menghasilkan sup menggunakan crabstick. Sup panas yang dipenuhi khasiat sayur ini sesuai untuk dijamu bersama keluarga, apatah lagi ketika cuaca hujan. Crabstick yang lebih murah menjadi alternatif kepada ketam yang mahal. Menurut pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Na Sya, resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan mudah sahaja. Bahan tumis 3 ulas bawang kecil 2 ulas bawang putih 2 mangkuk air Setengah kiub pati ikan bilis 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula Campurkan semua bahan ini dan biarkan kuah mendidih. Selepas itu masukkan lobak merah yang dipotong halus, batang saderi, cendawan enoki, daun bawang. Sebagai alternatif kepada ketam yang mahal, anda juga boleh memasukkan hirisan crabstick. Jangan lupa masukkan sedikit lada hitam dan gaul rata kuah sup itu. Selepas itu, masukkan juga dua biji telur dan bancuhan dua sudu besar tepung jagung. Gaul rata dan ia siap untuk dihidang buat keluarga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube