suria

Tak payah beratur di kedai nasi kandar, senang je masak ayam bawang... Lebih ‘surr’ kalau tambah 1 bahan rahsia

Ayam bawang enak dimakan bersama nasi putih.

AYAM bawang merupakan antara menu yang paling popular di restoran nasi kandar serta kedai mamak.

Hidangan ini bukan sahaja enak dimakan dengan nasi, malah ia juga boleh dihidangkan bersama mi goreng dan sebagainya.

Di TiKTok, seorang peniaga dikenali sebagai Pak Man turut berkongsi resipi untuk menghasilkan ayam bawang.

Berikut merupakan bahan dan cara penyediaannya:l

1. Ambil 10 ulas bawang, hiris dan gaul dengan tepung jagung.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang itu. Goreng sehingga garing, kemudian angkat dan letak di tepi.

3. Ambil daun kari, daun pandan dan juga empat sekawan, kemudian tumis di dalam minyak panas.

4. Ambil bawang putih, bawang besar, halia, letak sedikit air dan kisar halus.

ayamm 2

Antara bahan-bahan penting untuk memasak ayam bawang.

5. Masukkan bahan kisaran itu ke dalam kuali tadi.

6. Tambah serbuk cili, rempah daging lebih kurang tiga senduk, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.

7. Kemudian masukkan sedikit sos cili, sos tiram dan untuk lebih 'surr' masukkan gula merah.

8. Kacau kesemua bahan itu dan masukkan sedikit air.

9. Selepas itu masukkan pula garam, serbuk pati ayam dan gula.

10. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng bersama garam dan kunyit.

11. Gaul ayam sehingga sebati dengan kuah yang dimasak.

12. Akhir sekali, taburkan bawang goreng, hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain