suria

Semarakkan Hari Kebangsaan 2024! Laung ‘merdeka’ dengan penuh semangat patriotik, nikmati ayam goreng percuma

Jangan lepaskan peluang menikmati ayam goreng percuma sempena merdeka.

MERDEKA! Merdeka! Merdeka!

Laungan keramat inilah yang akan kita dengari ketika kali Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Semangat patriotik yang ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia menunjukkan bagaimana kita semua amat menghargai kesejahteraan dan keharmonian hidup di negara ini selepas 67 tahun bebas dari cengkaman penjajah.

Bagi menunjukkan rasa sayang anda terhadap tanah air tercinta, apa kata jika anda melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! dengan penuh bersemangat sebelum menikmati ayam goreng percuma oleh KyoChon 1991.

Pastinya tawaran eksklusif dari rangkaian ayam goreng popular dari Korea Selatan ini akan menjadikan sambutan Hari Kebangsaan bertambah meriah.

KYOCON4

KyoChon menawarkan empat ketul ayam goreng percuma sempena merdeka.

Cara nak dapatkan ayam goreng percuma ini cukup mudah, menyeronokkan dan paling penting dapat menonjolkan semangat kemerdekaan.

Bermula dari 31 Ogos hingga 6 September 2024, pelanggan yang berbelanja minimum RM70 dalam satu resit di mana-mana premis KyoChon 1991 yang mengambil bahagian akan dapat menikmati empat ketul Honey Garlic Boneless Chicken Bites secara percuma dengan melaungkan 'Merdeka, Merdeka, Merdeka, Saranghaeyo Malaysia'.

Tawaran ini sah untuk pelanggan yang makan di restoran atau membeli dan membawa pulang makan di rumah.

KYOCON2

Cara menyertai Kategori 1 untuk memenangi tiket konsert THE BOYZ.

Selain itu, sebagai penaja rasmi THE BOYZ World Tour: Zeneration II, di Kuala Lumpur, anda juga berpeluang menang tiket konsert Hi-Touch dan baucar bernilai RM20,000.

Pemenang bertuah akan mendapat peluang sekali seumur hidup untuk melihat ahli THE BOYZ secara dekat.

KYOCON3

Cara menyertai Kategori 2.

Terdapat dua cara anda boleh sertai giveaway ini iaitu Dine on Riffle (Kategori 1) dan Dance-off Challenge (Kategori 2).

Terdapat 18 tiket untuk direbut - 16 tiket untuk Kategori 1 dan 2 tiket untuk Katagori 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain