SEDAR atau tidak, kuetiau mahupun mi kuning akan menjadi keras dan mudah hancur apabila disimpan lama walau anda tidak membuka bungkusannya. Tempat penyimpanan chiller juga tidak membantu kerana bahan tersebut akan menjadi putus semasa digoreng. Susulan itu, ramai yang tidak memasak juadah berasaskannya kerana sukar dijadikan stok simpanan. Bagi yang gemar membeli barang dapur secara borong, cuba anda guna tip perkongsian Dunia Deko di laman TikTok, untuk memastikan kuetiau dan mi kuning kekal segar sentiasa. Paling penting, boleh buat stok sehingga dua bulan. Keadaan kuetiau dan mi kuning selepas penyimpanan selama dua bulan Cara-cara penyimpanan: 1. Semburkan minyak pada mi ataupun kuetiau. 2. Kemudian lerai-leraikannya supaya minyak rata dan mengenai semua bahagian. 3. Simpan dalam bekas yang kedap udara dan bebas air di dalam peti sejuk. 4. Apabila ingin menggunakannya, celup dalam air panas terlebih dahulu dan bilas. Sedia untuk dimasak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube