suria

Akhirnya jumpa petua ikan bilis goreng kekal rangup! Peniaga kena belajar, makan masa dah sejuk pun sedap

Ikan bilis kekal rangup untuk tempoh yang lama.

BERMACAM-MACAM tip dan petua sudah dicuba tapi ikan bilis yang digoreng tetap lembik walaupun baru setengah jam diangkat daripada kuali.

Kadangkala boleh terbantut selera apabila menikmati ikan bilis yang lembik kerana perlukan masa yang agak lama untuk mengunyahnya.

Bagi mereka yang ingin menikmati dan mengekalkan kerangupan ikan bilis dalam simpanan, bolehlah meniru kaedah yang dilakukan Mister seperti perkongsian di TikTok.

Peniaga nasi lemak pun boleh cuba tip ni supaya ikan bilis dalam sajian istimewa tidak liat dan kekal rangup semasa dijamah.

Berikut adalah cara untuk melakukannya.

1. Bersihkan ikan bilis dengan air yang mengalir.

2. Masukkan kuali dengan air paip hingga hampir penuh dan panaskan.

Pastikan kesemua ikan bilis tenggelam di dalam air rebusan.

Pastikan kesemua ikan bilis tenggelam di dalam air rebusan.

3. Kemudian masukkan ikan bilis ke dalamnya. Pastikan kesemua ikan bilis tenggelam di dalam air.

4. Rebus sehingga mendidih. Pada masa sama sentiasa kacau ikan bilis supaya panas sekata.

5. Apabila masak, angkat ikan bilis dan sejat airnya menggunakan penapis bersesuaian.

6. Kemudian panaskan minyak dan masukkan ikan bilis tadi ke dalamnya.

7. Sentiasa kacau supaya masak sekata dan angkat selepas buih minyak hilang.

8. Tapiskan minyak dan simpan ikan bilis di dalam bekas yang diingini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain