suria

Resipi mudah puding jagung! Cantik hasilnya, rasa pun sedap... Tak lembik, tak pula terlalu keras

Puding jagung yang dihasilkan sendiri lebih lembut dan menyelerakan. -Foto Resipi Bonda

CUACA yang panas terik membuatkan tekak ingin menikmati sajian yang manis, berlemak dan sejuk.

Maklumlah hidangan manis dapat memberikan tenaga kepada tubuh yang cenderung berasa lesu dan kurang bermaya.

Bagi anda yang mencari-cari juadah pembuka selera, bolehlah mencuba resipi puding jagung mudah yang dikongsikan Resipi Bonda di laman Facebook.

Bahan-Bahan:

4 cawan air

1 tin susu cair

10 gram serbuk agar-agar

180 g gula

3 sudu makan tepung custard

2 sudu makan kordial jagung

1 tin jagung manis creamy

1 tin jagung manis (optional)

1 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan jagung manis ke dalam periuk dan kacau semua bahan sehingga sebati.

2. Kemudian hidupkan api perlahan.

3. Kacau bahan sehingga mendidih dan biarkan selama satu hingga dua minit, tutup api.

4. Masukkan satu sudu kecil garam dan satu tin jagung manis (optional), sebatikan.

5. Seterusnya, masukkan puding ke dalam loyang lapan inci.

6. Sejukkan sebentar sebelum masukkan ke dalam peti sejuk selama empat jam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain