suria

Lepas ni tak beli dah sardin dalam tin... Boleh buat sendiri di rumah, tulang ikan pun lembut!

Ikan sardin 'homemade' lebih menyelerakan dan mengikut cita rasa sendiri.

IKAN sardin dalam tin merupakan makanan pilihan ramai terutama mereka yang kekurangan bajet bulanan.

Malah ia sering dikatakan hidangan penyedap golongan marhaen kerana harganya lebih murah berbanding ikan segar selain mudah disediakan.

Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga sardin dalam tin naik dengan mendadak dan hampir mencecah harga separuh ayam mentah.

Jadi, apa kata anda hasilkan sendiri hidangan istimewa ini dan jadikan stok untuk 'kecemasan'.

Langkah penyediaan yang dikongsikan Eniza M Salim di laman Facebook juga mudah untuk dilakukan.

Bahan-bahan:

1 kg ikan sardin

4 biji bawang besar

4 ulas bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

1/2 inci halia

3 sudu besar cili kering yang telah dikisar

Sebiji tomato dipotong dadu

5 biji cili yang dibelah dua

4 sudu besar sos cili dan sedikit sos tomato

1/2 tin tomato puree

1/2 sudu besar garam

2 sudu besar gula

1 sudu besar sos tiram

2 cawan air

2 biji limau nipis untuk perap ikan

Minyak untuk menumis

Cara menghasilkannya juga mudah.

Cara menghasilkannya juga mudah.

Cara penyediaan:

1. Ikan dipotong ekor dan kepala, kemudian bersihkan dan perap menggunakan garam dan perahan limau nipis selama 10 minit.

2. Kemudian basuh semula dan toskan airnya.

3. Kisar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih dan halia bersama sepotong dua tomato.

4. Kemudian tumis hingga wangi dalam minyak, lebih kurang suku cawan.

5. Apabila garing, masukkan cili kisar dan tumis hingga betul-betul garing serta pecah minyak.

6. Masukkan sos tiram, tomato puree, tomato potong, cili, garam, gula dan kacau.

7. Kemudian masukkan air dan aduk semua bahan hingga sebati.

8. Tambahkan ikan dan tutup periuk. Biarkan masak selama 80 minit.

Tip: Lebih mudah kalau guna periuk jenis pressur cooker kerana tulang pun akan turut lembut seperti sardin dalam tin, tapi anda boleh saja gunakan periuk ajaib.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain