suria

Banyak dijual tapi susah dapat yang padu! Ini rahsia buat teh tarik kaw, ramai salah teknik bancuhan

Teh ais atau teh tarik merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia.

TEH ais atau teh tarik merupakan minuman kegeraman majoriti rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, rasa minuman ini di setiap restoran atau kedai makan sentiasa berbeza kerana setiap tukang bancuh mempunyai 'rahsia' tersendiri bagi menarik pembeli.

Susulan itu, ramai yang beranggapan kesedapan teh bergantung pada jenama sesuatu produk.

Namun hakikatnya, padu atau tidak minuman ini bergantung kepada cara penyediaan dan teknik yang digunakan.

Anda yang ingin merasai teh kaw di rumah, bolehlah mencuba resipi perkongsian The Perfect Milk Tea Recipe yang tular di Facebook.

Lebih kaw dan berkaramel sesuai citarasa rakyat Malaysia untuk menghilangkan dahaga.

Bahan-bahan:

1 1/2 sudu besar gula

1 cawan air

1 1/3 susu

1 1/2 sudu besar teh hitam

2 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

1. Panaskan gula bersama 1 1/2 sudu besar air sehingga berwarna keperangan. Gunakan api perlahan supaya tidak hangus.

2. Apabila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

3. Kemudian masukkan susu suam ke dalam campuran tadi dan kacau.

4. Panaskan semula dan kacau sehingga sebati.

5. Biarkan mendidih selama tiga minit dengan api perlahan.

6. Tambahkan 3/4 cawan air bersama teh hitam dan buah pelaga yang dipecahkan.

7. Tutup periuk dan biarkan mereneh selama lima minit dengan api perlahan. Siap.

Tip: Tambahkan ais untuk sedapkannya dan diminum masa cuaca panas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain