suria

Rupanya tak susah pun nak buat sendiri mi kuning, guna sekilo tepung boleh dapat 2kg... Dijamin bebas rasa kapur

Mi kuning boleh dijadikan pelbagai juadah.

MI kuning merupakan makanan kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia kerana boleh dijadikan pelbagai juadah.

Namun kebiasaannya mi kuning yang dijual di pasaran mempunyai rasa kesat di lidah kerana kandungan kapur yang tinggi.

Ada pula yang terlebih masin dan keras sehingga menjadikan sajian yang dimasak kelihatan 'tidak bermaya' untuk dijamah.

Pendek kata, agak sukar nak dapatkan mi kuning yang betul-betul sedap dan menepati citarasa mengikut sajian pilihan.

Oleh itu, cuba anda hasilkan sendiri mi kuning mengikut resipi mudah yang dikongsikan Roshima Ibrahim Shima di laman Facebook.

Bahan-bahan dicampur dan diaduk sekata

Bahan-bahan dicampur dan diaduk sekata.

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum

2 biji telur

1/2 sudu makan garam

Pewarna kuning

1 gelas air

Sedikit minyak masak

Guna mesin untuk menghasilkan mi kuning.

Guna mesin untuk menghasilkan mi kuning.

Cara membuatnya:

1. Masukan tepung dalam besen.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Kemudian, tuangkan ke dalam tepung tadi bersama pewarna kuning. Gaulkan sekata.

3. Masukan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.

4. Uli hingga sekata dan buat bulat-bulat supaya mudah dileperkan sedikit. Pastikan doh tidak lembik.

5. Kemudian boleh mesin doh tadi menggunakan mesin mi yang sesuai. Pastikan sapu tepung sebelum mesin bagi mengelakkan doh melekat.

6. Panaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak.

7. Masak mi tadi dan angkat apabila sudah timbul.

8. Semasa tos air rebusan, titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat dan terurai elok.

Tip: Untuk 1 kilogram tepung, mi kuning yang dihasilkan dianggarkan seberat 2 kilogram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain