suria

Langkah pertama dah salah... Patutlah sambal belacan tak ‘menyengat’, cepat masam walau disimpan rapi

Sambal belacan membangkitkan selera sesiapa sahaja. -Foto Facebook Afy al Habibi

TAK lengkap sekiranya menikmati hidangan nasi campur tanpa sambal belacan.

Malah ada yang menjadikannya sebagai pembuka selera meskipun bukan peminat masakan pedas.

Ramai yang beranggapan ia mudah dihasilkan, namun untuk mendapatkan rasa yang padu dan sedap, ada beberapa petua yang perlu dipatuhi.

Bagi anda yang ingin menghasilkan sambal belacan menepati selera dan 'tekak', bolehlah mencuba resipi Afy al Habibi ini.

Bukan sahaja sedap, malah boleh dibuat stok dan disimpan lama.

Bahan-bahan

2 genggam cili padi merah dan hijau

2 biji bawang merah sebesar saiz bola ping pong

1/4 bawang besar Holland

1 ulas bawang putih

2 inci belacan

3 sudu besar cuka

1/2 sudu kecil garam

2 sudu besar gula

sedikit air masak

2 biji limau nipis

Cara penyediaan

1. Bakar bawang merah, bawang Holland, bawang putih dan belacan terlebih dahulu. Ini merupakan tip penting yang menyedapkan sambal belacan anda.

2. Kemudian masukkan kesemuanya dalam mesin pengisar.

3. Tambahkan cuka, garam, gula dan sedikit air masak supaya mudah dikisar.

4. Elakkan daripada kesemua bahan dikisar lumat.

5. Selepas itu, perah sehiris dua limau nipis. Siap!

Tip: Untuk mengelakkan stok sambal belacan cepat rosak, anda perlu menggunakan sudu yang kering apabila mengambilnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain