suria

Rupanya bukan sebab ‘derhaka’ resipi... Akhirnya dapat juga petua tradisi hasilkan kuih lapis sedap, paling penting tak merekah!

Kesan merekah pada kuih lapis mencacatkan pandangan mata. -Foto Facebook Noor Azilah Manan

SUDAHLAH nak menyediakan seloyang kuih lapis mengambil masa yang lama, apabila dah siap bahagian atas pula merekah dan keras.

Tengok sahaja hasil kejadian, terus hilang mood para ibu untuk menjamu hidangan istimewa kepada keluarga.

Bagi anda yang mengalami masalah tersebut, jangan marah pada resipi dahulu ya.

Cuba ikut beberapa petua orang lama bagi menghasilkan kek lapis yang cantik dan lembut.

1. Pilih tepung beras bersesuaian

Kebanyakan resipi yang dikongsikan di media sosial tidak menyatakan jenama tepung beras yang digunakan.

Oleh itu, ramai yang menggunakan apa sahaja jenama yang dijual di pasaraya berhampiran tempat tinggal.

Bagi anda yang ingin menghasilkan kuih lapis seperti nenek moyang dahulu, pastikan jenama tepung beras yang digunakan adalah jenis teratai.

Hasil kek lapis yang menggunakan tepung beras bersesuaian. -Foto Facebook Noraini Ani

Hasil kek lapis yang menggunakan tepung beras bersesuaian. -Foto Facebook Noraini Ani

2. Sentiasa periksa air kukusan

Teknik kukusan turut memainkan peranan penting kerana air yang kering sebelum kek lapis masak sepenuhnya akan menyebabkan permukaan menjadi keras seterusnya merekah.

Tambahan pula, ada yang gemar mengukus menggunakan api yang kuat bagi mempercepatkan tempoh memasak.

Bagi newbie, anda perlu pastikan setiap lapisan kuih dikukus selama lima minit dan untuk lapisan yang terakhir dalam anggaran masa 10 hingga 12 minit.

3. Sukatan santan tidak mencukupi

Antara faktor kek lapis menjadi keras adalah disebabkan kekurangan bahan utama seperti santan.

Maklumlah, walaupun ada yang menyatakan sukatannya menggunakan satu cawan namun ia berbeza dari segi kelikatan bahan terutama sekali jika anda menggunakan santan kotak.

Oleh itu, jika anda melihat bancuhan sedikit pekat, boleh tambahkan santan sedikit demi sedikit supaya lebih berlemak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain